Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja bina terowong Koridor Utara-Selatan ditangguh dua tahun; dijangka siap 2029

Jul 04, 2023 | 06:26 PM



Segmen terowong jalan raya pengangkutan bersepadu yang menelan belanja $7.47 bilion akan siap hanya pada 2029, dua tahun lewat daripada yang diumumkan sebelum ini.

Mendedahkan tarikh baru itu dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata Koridor Utara-Selatan (NSC) sepanjang 21.5 kilometer dari Woodlands ke bandar itu akan disiapkan secara berperingkat mulai 2027.

Bahagian jejambat NSC dari Admiralty Road West ke Lentor Avenue disasarkan dibuka pada 2027; dan baki terowong jalan raya dari Lentor Avenue ke East Coast Parkway pada 2029, tambahnya dalam respons kepada Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).

“Jalan permukaan kemudian akan diubah semula untuk mengutamakan berjalan kaki, menunggang basikal, pengangkutan awam dan ruang masyarakat,” kata Encik Iswaran.

Koridor itu terdiri daripada jejambat sepanjang 8.8 km dan terowong jalan raya bawah tanah sepanjang 12.3 km.

Dibina selari dengan Ekspreswe Central (CTE), koridor itu dijangka membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di CTE serta jalan susur utama berdekatan seperti Thomson Road dan Marymount Road, di samping menyokong pembangunan di utara.

Pada 2016, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata masa perjalanan bas dari Woodlands, Sembawang, Yishun dan Ang Mo Kio ke bandar boleh dikurangkan hingga 30 minit.

Penumpang boleh menjimatkan antara 10 hingga 15 minit secara purata kerana bas akan mempunyai akses ke lorong bas khas dan berterusan, dan isyarat keutamaan bas.

Pejalan kaki, serta penunggang basikal dan alat mobiliti aktif, akan dapat menggunakan laluan di sepanjang NSC untuk ke Rangkaian Penghubung Taman (PCN) serta laluan basikal dalam bandar perumahan di sepanjang koridor itu.

Kerja pembinaan koridor itu bermula pada 2018, dan dijangka tamat menjelang 2026. Tetapi pandemik Covid-19 menangguhkan projek itu sekurang-kurangnya setahun.

Ditanya mengenai langkah lain untuk mengurangkan gangguan yang disebabkan pembinaan itu, Encik Iswaran menyatakan lebih 50 peratus asas terowong jalan raya itu telah dibina.

Bunyi bising pembinaan daripada NSC dijangka dapat dikurangkan selepas kerja asas siap dalam masa dua tahun, kata Encik Iswaran.

“Sementara itu, kami akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mengurangkan sebarang gangguan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >