Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kerjasama sejagat perlu demi tangani masalah dadah: Shanmugam

Jul 08, 2023 | 06:04 PM



Pengeluaran ubat sintetik yang murah, mudah dan pantas telah banyak mengubah pasaran dadah terlarang secara radikal, menurut Laporan Dadah Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023.

Pada masa yang sama, perkembangan opioid sintetik telah menyebabkan banyak kematian akibat pengambilan dadah berlebihan, dan lebih banyak nyawa yang musnah akibat penyalahgunaan dadah tersebut di seluruh dunia.

Demikian kebimbangan yang dibangkitkan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Jumaat, ketika menyampaikan kenyataan kebangsaan Singapura secara maya kepada Mesyuarat Menteri yang dianjurkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk membentuk gabungan sejagat bagi menentang ancaman dadah sintetik.

Singapura menyokong pembentukan gabungan itu yang boleh melengkapkan mekanisme kerjasama pelbagai hala dan serantau sedia ada di bawah Konvensyen Dadah.

“Laporan itu juga telah menimbulkan kebimbangan tentang beberapa industri yang melobi untuk dasar dadah dikawal selia dengan lebih longgar, untuk meningkatkan keuntungan mereka sendiri, di samping mengorbankan kesihatan awam,” kata Encik Shanmugam.

Dalam rakaman video itu juga, Encik Shanmugam berkongsi bahawa usaha untuk mengurangkan bekalan dadah tidak mencukupi dan oleh itu, negara-negara juga menumpukan perhatian untuk mengurangkan permintaan dadah.

“Di Singapura, kami mengamalkan pendekatan berbilang serampang di samping pendekatan mencegah bahaya, yang bertujuan untuk mengurangkan kedua-dua permintaan dan bekalan dadah,” kata Encik Shanmugam.

Menurut Encik Shanmugam, Singapura mengurangkan permintaan terhadap dadah melalui pendidikan pencegahan dadah awam, penguatkuasaan yang teguh oleh agensi penguatkuasaan undang-undang dan memberi tumpuan kepada pemulihan dan usaha integrasi semula penyalahguna dadah supaya mereka dapat menghentikan tabiat itu dan kembali ke dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, Encik Shanmugam juga menekankan bahawa Singapura mengurangkan bekalan dadah melalui undang-undang yang kukuh terhadap pengedaran dadah, bekerjasama rapat dengan rakan kongsi antarabangsa untuk mengganggu aktiviti pengedaran dadah transnasional dan membina kapasiti untuk menangani ancaman dadah.

“Melalui langkah ini, kami berjaya mengawal keadaan dadah di Singapura dan memastikan masyarakat kami selamat daripada dadah.

“Singapura beriltizam untuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa kami untuk menyumbang kepada tujuan ini,” kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >