Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes pengubahan wang haram $1b: 105 hartanah di S’pura dilarang dijual

Polis serbu banglo mewah, kondo dan tangkap suspek di serata negara; 10 warga asing asal Fujian, China dikenakan tuduhan
Aug 18, 2023 | 04:55 PM



Sebanyak 11 lagi hartanah dilarang dilepaskan dalam kes antipengubahan wang haram berjumlah $1 bilion melibatkan warga asing dari Fujian, China, kata polis pada Jumaat.

Ini menjadikan sebanyak 105 hartanah dikenakan perintah larangan itu dalam kes ini, termasuk 94 yang dikenakan perintah tersebut sebelum ini.

Perintah itu bermakna suspek tidak boleh menjual hartanah tersebut.

Jumlah 105 hartanah itu dianggarkan bernilai $831 juta dan termasuk tujuh banglo di Sentosa Cove dan 79 unit kondominium, termasuk 19 yang sedang dibina.

Sebanyak 19 lagi ruang industri dan komersial turut dikenakan perintah larangan itu.

Polis berkata kesemua hartanah itu dimiliki individu yang sedang disiasat.

Mereka termasuk individu yang telah ditangkap atau dikehendaki polis, pasangan mereka, atau syarikat yang ada kaitan dengan mereka.

Polis menambah bahawa banglo mewah jenis ‘good class bungalow’ (GCB) tempat suspek warga asing dari Fujian itu ditangkat dalam serbuan antipengubahan wang haram pada Selasa bukan milik mereka.

GCB tersebut bukan sebahagian daripada 105 hartanah yang dikenakan perintah larangan dilepaskan.

Polis berkata mereka tidak merampas atau mengeluarkan perintah larangan itu terhadap sembarang GCB berkaitan kes ini.

Pada Selasa, polis menjalankan serbuan besar-besaran di serata Singapura, menyerbu beberapa GCB dan kondominium secara serentak untuk menangkap beberapa suspek yang mungkin terlibat dalam aktiviti terlarang.

Kawasan yang diserbu itu termasuk Tanglin, Bukit Timah, Orchard Road, Sentosa dan River Valley.

Seramai 10 orang, termasuk seorang wanita, dikenakan tuduhan pada Rabu malam.

Mereka berusia 31 hingga 44 tahun dan disyaki terlibat dalam kesalahan pemalsuan, penggubahan wang haram atau menentang penangkapan.

Tertuduh memegang berbilang pasport, tetapi berasal dari Fujian, China.

Seramai 12 lagi membantu sedang dalam siasatan, sementara lapan lagi sedang melarikan dari dan telah diletak di bawah senarai dikehendaki.

Polis berkata pada Rabu, serbuan itu melibatkan melebihi 400 pegawai, termasuk daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Pasukan Operasi Khas (SOC) dan Jabatan Risikan Polis (PID).

Kumpulan warga asing itu dikatakan menjalankan pengubahan wang hasil jenayah daripada aktiviti jenayah terancang di luar negara, yang dikaitkan dengan penipuan dan perjudian dalam talian.

Polis mengenal pasti mereka melalui siasatan meluas termasuk analisis laporan urus niaga mencurigakan yang dibuat oleh institusi kewangan tentang kegiatan menimbulkan kesangsian.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata ia berhubungan dengan polis bagi siasatan terhadap warga asing itu.


“Individu ini mempunyai pas kerja dan pas tanggungan. Kami mengambil tindakan yang perlu jika kesalahan serius didedahkan, dengan rundingan bersama polis dan Jabatan Peguam Negara,” ujar MOM.

Kementerian itu menambah bahawa semua majikan dan pemohon pas kerja mesti mendedahkan semua maklumat yang terkandung dalam permohonan mereka dan memastikan ia benar dan betul.

“Ini termasuk butiran syarikat dan butiran peribadi pemohon, serta pengalaman pekerjaan, gaji dan kelayakan. MOM akan mengakses semua permohonan dan meneliti sebarang maklumat yang mencurigakan.”

MOM menyatakan ia tidak teragak-agak untuk mendakwa individu yang melakukan kesalahan pengisytiharan palsu di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >