Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes ubah wang haram: Porsche, Rolls-Royce antara empat kereta dirampas polis

Oct 25, 2023 | 06:02 PM



Empat kereta mewah yang dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura ditarik keluar dari sebuah Banglo Kelas Baik (GCB) di Third Avenue di Bukit Timah pada Rabu.

Sekitar 2.30 petang, sebuah kereta Rolls-Royce Dawn berwarna merah, Rolls-Royce Cullinan berwarna hitam, Porsche 911 Targa berwarna merah, dan Toyota Alphard berwarna putih ditarik keluar oleh polis dari rumah tersebut.







Kereta-kereta itu bernilai lebih $4.7 juta, menurut afidavit yang difailkan pada September oleh pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD).

GCB itu disewa oleh seorang warga Vanuatu, Su Jianfeng, 35 tahun, iaitu salah seorang daripada 10 tertuduh dalam kes tersebut.

Sebuah kenderaan polis dilihat berada di banglo itu manakala empat trak tunda menanti di luar pekarangannya. Sekurang-kurangnya lapan pegawai polis berada di situ.

Menurut The Straits Times, empat kenderaan yang dirampas itu diletak di sebuah hab logistik dekat Pioneer Road.


Beberapa kenderaan mewah lain turut diletak di situ, termasuk sebuah Rolls-Royce biru muda.

Pada Rabu, polis berkata mereka telah merampas barangan yang dikenakan arahan larangan pelupusan berkaitan kes pengubahan wang haram itu di dua lokasi. Sebanyak empat kereta dan 56 perhiasan Bearbricks dirampas.

Polis tidak menyatakan tempat lokasi lain.

Bearbrick, atau lebih dikenali sebagai BE@RBRICK, ialah patung mainan koleksi yang dihasilkan oleh syarikat koleksi Jepun Medicom Toy.


Mainan itu, berbentuk seperti beruang antropomorfik dan diperbuat daripada plastik, terdapat dalam pelbagai saiz, seperti 100 peratus, 400 peratus atau 1,000 peratus, dengan peratusan itu sepadan dengan ketinggiannya.

Encik Shawn Wee, pemilik kedai koleksi Eye For Toys, memberitahu ST pada Ogos bahawa Bearbricks yang dirampas dalam serbuan itu boleh bernilai antara $450,000 dan $500,000.


“Sebagai sebahagian daripada proses siasatan, polis memindahkan barang rampasan ke lokasi sesuai untuk mengelakkan gangguan, kehilangan, kemusnahan atau apa-apa syarat lain yang boleh mengurangkan nilai keterangannya,” kata polis.

Kereta-kereta itu adalah antara 62 kenderaan dan 152 hartanah yang dikenakan arahan larangan pelupusan oleh pihak berkuasa. Ini bermakna mereka tidak boleh dijual.

Kenderaan dan hartanah itu bernilai lebih $1.24 bilion kesemuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >