Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketibaan pelawat ke S’pura pada Sep merosot

Oct 18, 2023 | 06:25 PM



Ketibaan pelawat antarabangsa ke Singapura merosot kepada 1.13 juta pada September, sedang permintaan percutian bermusim terus menurun.

Perangkaan September merosot berbanding 1.31 juta yang dicatatkan pada Ogos, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu.

Namun, ia tetap 44.6 peratus lebih tinggi berbanding 782,215 pelawat yang dicatatkan pada September 2022.

Ketibaan pelawat biasanya menurun selepas tempoh percutian Julai dan Ogos, kata ketua penyelidikan bagi Singapura dan Asia Tenggara di Cushman & Wakefield, Encik Wong Xian Yang, yang ditukil akhbar The Business Times.

Trend ini konsisten sejak sebelum pandemik lagi, berdasarkan data ketibaan pelawat antara 2017 dengan 2019.

Pada September, Indonesia menggantikan China sebagai sumber utama pelawat ke Singapura, dengan lebih 175,601 pelawat Indonesia mengunjungi Singapura, meningkat daripada 167,854 pelancong pada Ogos.

Kemerosotan dalam jumlah pelawat dari China juga selaras dengan trend musiman sebelum pandemik, kata Encik Wong.

Meskipun demikian, kemerosotan ekonomi China dan kos pelancongan yang semakin meningkat turut mempunyai kesan pada perbelanjaan dan cita rasa pelancongan.

“Lawatan dari China mungkin akan kekal lemah sehingga suasana pasaran kediaman domestik berubah positif,” kata pengarah eksekutif hotel dan percutian Asia di Colliers International, Encik Govinda Singh.

“Sehingga itu, pelancong dari China akan terus cenderung untuk melawat negara yang lebih dekat dengan Hong Kong meraih manfaat,” katanya.

China pernah menjadi sumber utama pelancong ke Singapura sebelum wabak Covid-19.

Negara itu memperoleh semula tempat teratas pada Julai 2023, dan menduduki kedudukan itu selama dua bulan berturut-turut sebelum turun semula pada September.

Australia merupakan pasaran sumber ketiga terbesar pada September, dengan 104,497 ketibaan. Ini adalah lebih tinggi daripada 80,378 pelawat pada bulan sebelumnya.

Malaysia menduduki tempat keempat dengan 89,384 pengunjung dan India di tempat kelima dengan 81,014 orang. Pada Ogos, Malaysia mencatatkan 87,895 pelawat manakala India mempunyai 83,556 pelancong ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >