Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua kesatuan sekerja main peranan penting dalam masyarakat: Masagos

Sep 24, 2023 | 07:47 PM



Ketua kesatuan sekerja membentuk bahagian penting masyarakat memandangkan mereka memainkan peranan mewakili tenaga kerja dan memastikan pekerja kekal relevan dalam menghadapi persekitaran yang pesat berubah, menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Tambahnya, peranan ini bertambah penting dalam landskap global yang dinamik dan mencabar sedang Singapura menyesuaikan diri dalam dunia pascapandemik. Justeru, masyarakat secara keseluruhan perlu terus kekal bersatu dan berdaya tahan dalam mengharungi cabaran mendatang, kata Encik Masagos.

“Setiap masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan kejayaan Singapura dan masyarakat Melayu/Islam telah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada negara.

“Satu segmen penting masyarakat adalah pemimpin kesatuan kita. Mereka terus mewakili tenaga kerja dan membantu pekerja kekal berupaya dan berkemahiran untuk menghadapi persekitaran pekerjaan yang semakin berubah,” ujarnya dalam satu kiriman di Facebook.

Encik Masagos berkata demikian menyusuli sesi perbincangan yang diadakan dengan beberapa ketua kesatuan sekerja dari Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang dihadiri bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat dan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Menurut Encik Masagos, perbincangan tersebut merangkumi beberapa topik penting termasuk pendidikan, pekerjaan, serta masa depan ekonomi.

“Saya berbesar hati melihat komitmen ketua kesatuan sekerja dalam menyampaikan serta mewakili kepentingan pekerja serta masyarakat.

“Mereka telah memberikan saranan berguna tentang bagaimana pemerintah dan NTUC boleh bekerjasama untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan serta keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam kita.

“Singapura menghadapi landskap global yang dinamik dan mencabar sedang kita menyesuaikan diri kepada dunia pascapandemik, justeru penting untuk kita kekal bersatu dan berdaya tahan untuk mengharungi cabaran ini,” katanya.

Encik Masagos menambah sesi perbincangan tersebut turut memberi beliau peluang menjelaskan tentang dasar serta inisiatif negara.


Beliau turut menggalakkan mereka berkongsi apa yang telah dibincangkan dalam sesi tersebut dengan pekerja lain.


Encik Masagos berkata: “Saya bersama rakan-rakan yang lain akan bekerjasama untuk memastikan terdapat pelbagai program yang dapat memenuhi keperluan masyarakat kita untuk bersaing di peringkat global mengikut peredaran masa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >