Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pegawai korporat CapitaLand Investment dilantik ke lembaga pengarah SPH Media

May 31, 2023 | 03:01 PM



KETUA pegawai korporat kumpulan CapitaLand Investment, Cik Quah Ley Hoon, dilantik ke lembaga pengarah SPH Media Holdings berkuat kuasa Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, SPH Media berkata ia berbesar hati mengumumkan pelantikan Cik Quah, 46 tahun, dan menggariskan pengalaman profesionalnya dalam CapitaLand Investment, CNA, dan peranannya dalam sektor awam.

Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata: “Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Ley Hoon sekali lagi.

“Pengalaman luas beliau dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, termasuk dalam industri media, akan menjadi tidak ternilai apabila kami meningkatkan usaha transformasi digital dan inovasi kami.”

Dalam peranan semasa Cik Quah di CapitaLand Investment, beliau menyelia hal korporat yang berkaitan dengan komunikasi kumpulan, pembangunan budaya organisasi, bakat dan orang, perundangan, perolehan dan pentadbiran, serta perhubungan pemerintah.

Semasa berkhidmat dengan Mediacorp, Cik Quah adalah ketua editor CNA dari 2013 hingga 2018 dan menyelia penerbitan berita antarabangsa selama setahun dan program dan dokumentari Inggeris oleh pasukan hal ehwal semasa. Beliau juga terlibat dalam usaha transformasi media.

Cik Quah juga mempunyai pengalaman bertugas lebih 15 tahun dalam sektor awam di beberapa kementerian, termasuk Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI), Kementerian Alam Sekitar ketika itu, Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Masyarakat, Belia dan Sukan ketika itu dan Kementerian kewangan.

Beliau juga merupakan ketua eksekutif Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >