Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kilang Airbaru di Changi dibina 2024 lepas dipasti sisa tidak jejas sekitaran

Nov 14, 2023 | 03:27 PM



Pembinaan kilang Airbaru tambahan di Loji Penambakan Air Changi (WRP) akan bermula pada 2024, menyusuli siapnya satu penilaian kesan alam sekitar.

Penilaian tersebut menunjukkan pelepasan sisa dari kilang baru itu tidak akan menjejas persekitaran marin.

Dijangka siap pada 2026, kilang itu disasarkan memenuhi permintaan air yang semakin meningkat, dan akan menggantikan kemudahan di Bedok yang berusia 20 tahun itu.

Singapura kini mempunyai lima kilang Airbaru – dua di Changi, dan setiap satu di Bedok, Ulu Pandan dan Kranji.

Kilang baru yang akan menerima air terawat dari Changi WRP itu akan mengeluarkan 50 juta gelen Airbaru setiap hari, kata agensi air negara PUB.

Jumlah itu lebih dua kali kapasiti kilang Bedok, yang menghasilkan 18 juta gelen air sehari.

Airbaru kebanyakannya dibekalkan kepada loji fabrikasi wafer, estet perindustrian dan bangunan komersial.

Menjelang 2065, dua pertiga permintaan air Singapura dijangka datang daripada sektor bukan domestik.

Kilang baru itu akan menggunakan kaedah rawatan lebih cekap untuk meningkatkan kadar pemulihan Airbaru kepada 90 peratus, daripada 75 peratus sekarang. Ini bermakna hanya 10 peratus daripada air itu akan dibuang.

Air yang dibuang akan dicampur dengan air dari dua kilang Airbaru yang lain dan cairan buangan terawat dari Changi WRP, sebelum dibuang ke laut.

Walaupun kadar fosfat naik, menurut laporan yang dilakukan oleh perunding alam sekitar DHI, penilaian kesan alam sekitar menunjukkan bahawa pelepasan tambahan daripada kemudahan baru itu tidak akan membahayakan persekitaran marin, kata PUB.

Walaupun peningkatan tahap fosfat dan nitrogen boleh menyebabkan alga dan tahap oksigen air laut merosot, DHI menyimpulkan bahawa dalam persekitaran marin Singapura, tahap nitrogen adalah faktor utama.

Oleh itu, tidak diperlukan langkah pengurangan tambahan.

Pemantauan mutu air sejak 2008 di sekitar Changi WRP dan kilang Airbaru sedia ada tidak menunjukkan kesan buruk.

Dua lagi stesen pemantauan akan ditambah dengan pembinaan kemudahan baru itu.

Walaupun terdapat penebus gunaan tanah berterusan di Changi Bay dan di sepanjang pantai tenggara, risiko perubahan arus pasang surut dan alga tidak ketara, ujar jurucakap PUB.

Laporan DHI mengesyorkan PUB meneruskan penyelidikan mengenai bahan cemar yang muncul dan cara ia boleh menjejaskan kehidupan marin, menyerlahkan potensi ketidakpastian dalam sebatian tertentu daripada proses osmosis songsang.

Laporan itu juga mencadangkan kajian penyelidikan untuk mengenal pasti bahan pencemar berisiko tinggi dan kaedah penyingkirannya.

Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar dan Air Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Shane Snyder, berkata beliau gembira laporan penilaian kesan alam sekitar memberi tumpuan pada kesan bahan cemar yang muncul ke atas kehidupan marin.

“Pantai Singapura adalah habitat bagi kehidupan laut seperti penyu yang terancam, yang bersarang di sepanjang pantai.

“Adalah penting menggunakan alat analisis dan bioanalisis moden yang PUB perjuangkan untuk meneruskan pemantauan proaktif ke atas perairan pantai kita yang unik dan rencam,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >