Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG PILIHAN RAYA PRESIDEN

Kin Lian nafi tiada pengalaman lindungi rizab S’pura

Aug 14, 2023 | 07:08 PM



Encik Tan Kin Lian, yang ingin bertanding sebagai calon presiden, menafikan pandangan bahawa beliau tidak mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk melindungi rizab lalu Singapura.

Pada Isnin, Encik Tan menyentuh tentang bagaimana aset NTUC Income telah berkembang daripada $28 juta pada 1977 kepada $17 bilion pada 2007 – dalam tempoh tiga dekad semasa beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat insurans itu.

“Saya mempunyai prinsip tertentu tentang melabur buat jangka panjang, melabur dalam pelaburan selamat untuk memberi pulangan jangka panjang yang baik,” katanya semasa berkunjung ke pusat makanan Kopitiam Square di Sengkang.

Encik Tan, 75 tahun, berkata demikian sebagai membalas kenyataan Encik Ng Kok Song, yang juga ingin bertanding sebagai calon presiden.

Pada Ahad, Encik Ng, mantan ketua pegawai pelaburan GIC, berkata beliau memahami rizab negara, seperti mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang telah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan antara 2007 dengan 2015.

Encik Ng berkata Encik Tan dan peniaga, Encik George Goh, seorang lagi yang ingin bertanding sebagai calon presiden, masih perlu membuktikan bahawa mereka memahami selok-belok melindungi rizab lampau negara.

Memberi respons, Encik Tan berkata: “Saya rasa pengalaman saya mungkin sebaik GIC, mungkin lebih baik.”

Beliau yang sudah dua kali ingin bertanding, juga berkata garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengenai kempen tidak jelas. Ini termasuk sama ada kegiatan seperti berjalan bertemu rakyat dibenarkan sebelum Hari Pencalonan, katanya.

Beliau memberitahu media tentang kegiatan bertemu rakyat secara harian dari Sabtu, membatalkan acaranya pada Ahad setelah ELD mengeluarkan garis panduan dan menyambung pada Isnin.

“Terdapat sedikit ketidakpastian tentang (sama ada) kegiatan bertemu rakyat dibenarkan atau tidak, sama ada saya perlu membatalkan pertemuan bersama rakyat kerana saya ingat ia tidak dibenarkan.

“Kemudian saya diberitahu ‘Oh, ia dibenarkan’, jadi saya di sini untuk berjalan-jalan. Jadi ini tidak adil untuk orang ramai,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >