Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kok Song, Tharman dan Kin Lian layak tanding Pilihan Raya Presiden: ELD

Usahawan
George Goh
tidak layak
Aug 18, 2023 | 07:38 PM



Mantan ketua pegawai pelaburan GIC Encik Ng Kok Song; mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam dan mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, telah diberikan Sijil Kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC), kata Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Encik George Goh, 63 tahun, yang juga telah melahirkan hasrat bertanding, didapati tidak layak.

Kenyataan ELD yang dikeluarkan pada Jumaat menamakan individu yang diberikan Sijil Kelayakan, selain memberikan sebab permohonan mereka diterima.

Menurut ELD, PEC berpuas hati bahawa Encik Ng, 75 tahun, Encik Tharman, 66 tahun dan Encik Tan, 75 tahun adalah calon yang berintegriti dan mempunyai kelakuan dan reputasi yang baik.

Encik Ng telah memohon di bawah Artikel 19(3)(c), iaitu laluan pertimbangan sektor awam.

Jawatankuasa berpuas hati dengan kelayakannya setelah mengambil kira pengalaman dan keupayaan Encik Ng, yang dianggap setanding dengan seseorang yang berkhidmat selama tiga tahun dan sebagai ketua eksekutif entiti Jadual Kelima.

Entiti Jadual Kelima merangkumi lembaga berkanun dan syarikat pemerintah.

PEC juga berpuas hati Encik Ng mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk melaksanakan fungsi dan tugas jawatan Presiden dengan berkesan.

Bagi Encik Tharman, PEC berpuas hati beliau telah memenuhi keperluan perkhidmatan sektor awam di bawah Artikel 19(3)(a), setelah memegang jawatan selama lebih tiga tahun sebagai menteri.

Encik Tan pula telah memohon di bawah Artikel 19(4)(b), iaitu laluan pertimbangan sektor swasta di mana beliau telah menyandang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative selama 30 tahun.

PEC berkata ia berpuas hati Encik Tan mempunyai pengalaman dan keupayaan yang setanding dengan pengalaman dan keupayaan seseorang yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat biasa dengan sekurang-kurangnya $500 juta ekuiti pemegang saham.

Ia juga berpuas hati Encik Tan mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk melaksanakan fungsi dan tugas jawatan Presiden dengan berkesan.

Susuli pengumuman PEC pada Jumaat, Encik Ng berkata beliau “menghargai generasi silam yang telah membina asas kukuh Singapura” dan berharap akan terus memberikan yang terbaik untuk dipilih sebagai Presiden.

“Mari kita lakukan yang terbaik untuk generasi kini dan yang akan datang untuk mencapai harapan kita dan memastikan Singapura terus berkembang maju. Saya akan memberikan yang terbaik untuk dipilih sebagai Presiden, di samping saya berkhidmat dan membina Singapura yang bersatu untuk masa depan,” kata Encik Ng.

Dalam kenyataan berasingan, Encik Tan berkata beliau menghargai “keputusan PEC yang wajar” untuk mengumumkan kelayakannya awal kerana ia akan memberinya lebih banyak masa dan keyakinan untuk bersiap sedia bagi kempennya.

“Saya dan sukarelawan saya akan bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat Singapura pilihan untuk memilih Presiden yang bebas daripada pemerintah,” kata Encik Tan.

Bercakap kepada media pada Jumaat, Encik Tharman berkata:

“Saya mengalu-alukan pertandingan ini. Saya harap ia (Pilihan Raya Presiden) mengemukakan pertandingan yang bermaruah demi menjaga martabat pejabat itu. Saya menggalak semua calon untuk menampilkan diri mereka dengan sebaik-baiknya kerana mereka masing-masing mengemukakan sesuatu yang bernilai kepada Singapura.”

PEC mengumumkan keputusannya pada Jumaat, empat hari sebelum Hari Penamaan Calon yang dijadual pada 22 Ogos. Susuli pengumuman ini, Encik Ng, Encik Tharman dan Encik Tan dikehendaki membawa borang pencalonan, disertakan Sijil Kelayakan, Sijil Masyarakat dan Sijil Derma Politik ke ibu pejabat Persatuan Rakyat pada Hari Penamaan Calon.

Bakal calon juga harus hadir bersama pencadang, penyokong dan sekurang-kurangya empat orang yang bersetuju untuk mereka bertanding sebagai Presiden. Sekiranya kesemua, atau sekurang-kurangnya dua calon yang memenuhi syarat untuk bertanding, Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengisytiharkan 1 September sebagai Hari Mengundi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >