Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

rencana

Konsert di S’pura pancing peminat negara jiran

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Penantian lama akhirnya berbaloi juga apabila impian menyaksikan kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay, membuat persembahan di depan mata menjadi satu kenyataan.

Biarpun gagal mendapatkan tiket bagi konsert, Music Of The Spheres World Tour, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) pada 22 November depan, Cik Aida Daud tetap gigih mencuba nasib beliau buat kali kedua.


Menurut laporan media Malaysia, sebanyak 85,000 tiket laris dijual dalam masa beberapa jam selepas penjualan bermula pada 17 Mei lalu.

“Pada waktu itu, saya dan keluarga berada di lapangan terbang dan sedang menunggu pesawat kami untuk ke luar negara.

“Disebabkan sambungan Internet yang lemah, saya gagal mendapatkan tiket, walaupun saya telah menyediakan beberapa alat peranti hanya untuk perkara ini.

“Saya sangat kecewa ketika itu kerana saya benar-benar ingin menyaksikan Coldplay membuat persembahan kerana mereka adalah salah satu kumpulan muzik kegemaran saya,” kata Cik Aida, 27 tahun.

Bagaimanapun, harapannya yang semakin malap itu tiba-tiba kembali cerah apabila beliau mendapat tahu bahawa Coldplay juga bakal mengadakan konsert selama enam malam di Singapura.

Tidak seperti konsert di Malaysia, Cik Aida tahu beliau mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan tiket bagi konsert di Singapura.

“Apabila mereka mengumumkan Coldplay akan ke Singapura, saya tidak berfikir panjang dan terus bertanya kepada suami sama ada kita sekeluarga boleh ke sana.

“Pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk membawa anak perempuan kami yang berusia tiga tahun ke Singapura untuk bercuti,” tambah beliau yang menetap di Pulau Pinang.

Selepas pengalamannya mencuba mendapatkan tiket konsert di KL, ibu seorang anak itu telah melakar strategi bagi meningkatkan lagi peluangnya mendapatkan tiket.

Berbekalkan empat peranti – dua telefon bimbit dan dua komputer riba – Cik Aida bertolak dari rumah pada awal pagi dan tiba di tempat kerjanya sekitar 7 pagi dengan membawa anak perempuannya.

“Sambungan Internet di tempat kerja lebih kukuh, jadi sebab itu saya mengambil keputusan untuk sampai awal bagi mengakses laman web untuk membeli tiket konsert di Singapura,” kata beliau.

Kali ini nasib bagaikan menyebelahinya.

Beliau yang berjaya mendapatkan tiket kategori tujuh (CAT 7) berharga $128, akan menghadiri konsert hari kedua pada 24 Januari 2024. Ini merupakan pengalaman pertamanya menyaksikan konsert di seberang Tambak.

“Akhirnya segala penantian yang lama dan usaha saya telah membuahkan hasil,” ujarnya.

Pasangan suami isteri dari KL, Encik Mohd Farid Ishak dan Cik Yayzah Shireen Muhammad Khair, kedua-duanya 41 tahun, juga merupakan sebilangan besar rakyat Malaysia yang akan ke Singapura bagi konsert Coldplay.

Menurut Encik Mohd Farid, mereka mengambil keputusan untuk mencuba nasib bagi konsert di Singapura selepas gagal mendapatkan tiket untuk persembahan di KL.

Dalam pada itu, mereka berasakan segala perancangan logistik tidak begitu rumit kerana mempunyai suadara-mara di Singapura.

“Ia pastinya satu pengalaman yang penuh tekanan… kami tidak mendapat tiket di Malaysia, jadi kami bagaikan menggigit jari apabila perlu berebut-rebut dengan ribuan orang lain untuk mendapat tiket bagi konsert di sana.

“Kami amat bernasib kerana mendapat bantuan daripada saudara-mara kami di Singapura dan dengan bantuan mereka itu, kami akhirnya berjaya mendapatkan tiket,” kata Encik Mohd Farid.

Tidak seperti Cik Aida, Encik Mohd Farid dan Cik Yayzah Shireen telah merancang untuk ke Singapura tanpa membawa dua anak kecil mereka yang berusia sembilan dan tiga tahun.

Mereka berdua hanya akan menetap di Singapura selama satu malam.

“Setiap kali kami ke Singapura, kami bagaikan ‘pulang ke kampung’, jadi kami mungkin akan membawa anak-anak kami ke sana pada masa yang lain,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >