Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konvoi pertama bantuan mula masuk ke Gaza

Hamas bebaskan dua tebusan pertama warga Amerika Syarikat
Oct 21, 2023 | 07:22 PM



KAHIRAH: Konvoi bantuan kemanusiaan pertama yang dihantar ke Jaluran Gaza sejak perang meletus di sana mula memasuki lintasan Rafah dari Mesir pada pagi Sabtu selepas perbalahan diplomatik berhari-hari mengenai syarat-syarat menghantar bantuan.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) berkata konvoi 20 trak itu termasuk bekalan menyelamatkan nyawa yang akan diterima oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Kumpulan Palestin Hamas, yang mengawal Jaluran Gaza, berkata bantuan dihantar termasuk ubat dan jumlah makanan yang terhad.

“Konvoi bantuan yang sepatutnya memasuki (Gaza) hari ini termasuk 20 trak yang membawa ubat, bekalan perubatan, dan jumlah bekalan makanan yang terhad (barangan dalam tin),” kata pejabat media Hamas.

Hamas menambah bahawa jumlah bantuan kemanusiaan dalam trak itu “tidak akan mengubah keadaan perubatan bencana di Gaza”.

Lintasan Rafah adalah laluan utama masuk dan keluar dari Jaluran Gaza yang tidak dikawal oleh Israel, yang bersetuju membenarkan bantuan masuk dari Mesir berikutan permintaan Amerika Syarikat.

Para pegawai Majlis Keselamatan PBB berkata sekurang-kurangnya 100 trak sehari diperlukan di Gaza untuk menampung keperluan segera, dan apa sahaja kiriman bantuan perlu dikekalkan dan pada skala sedemikian.

Sebelum tercetusnya konflik, jumlah purata sekitar 450 trak bantuan tiba di laluan itu setiap hari.

“Keadaan kemanusiaan di Gaza – sudah tidak menentu – telah mencapai tahap bencana,” kata Ketua Kemanusiaan PBB, Encik Martin Griffiths dalam satu kenyataan.

“Saya yakin penghantaran ini akan menjadi permulaan kepada usaha mampan untuk menyediakan bekalan penting – termasuk makanan, air, perubatan dan bahan api,” tambah beliau.

Israel mengenakan sekatan keseluruhan sebagai tindak balas kepada serangan oleh kumpulan militan Palestin, Hamas pada 7 Oktober 2023.

Negara itu telah mengatakan tidak akan membenarkan sebarang bantuan memasuki kawasan itu sehingga Hamas membebaskan tebusan yang diculik semasa serangan dan bantuan boleh memasuki menerusi Mesir dengan syarat ia tidak berakhir di tangan Hams.


PBB telah memberi amaran “malapetaka kemanusiaan” di Gaza, di mana makanan telah kehabisan dan bekalan bahan api yang diperlukan untuk memastikan penjana pelapis hospital berjalan telah mencapai tahap rendah yang kritikal.


Awal dari itu, dua tawanan warga Amerika yang baru dibebaskan telah disatukan semula dengan keluarga mereka di Israel pada Jumaat, hampir dua minggu selepas kumpulan Hamas menculik mereka dan puluhan lain di Gaza.

Cik Judith Tai Raanan, 59 tahun dan anak perempuannya Natalie Shoshana Raanan, 17 tahun, telah diserahkan kepada tentera Israel di sempadan Semenanjung Gaza pada Jumaat, menjadi tawanan pertama yang dibebaskan Hamas, telah disahkan oleh kedua-dua pihak.

Pembebasan itu diumumkan Encik Abu Ubaida, jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, dan disahkan tidak lama kemudian dalam satu kenyataan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Pemimpin Israel itu berkata ibu dan anak perempuan itu, dari pinggir bandar Chicago di Evanston, Illinois, “dalam perjalanan ke titik pertemuan di pangkalan tentera di tengah negara, di mana ahli keluarga mereka sedang menunggu.”

Menurut Encik Netanyahu dan saudara-mara, dua beranak itu diculik dari Kibbutz Nahal Oz semasa serangan mengejut ke atas selatan Israel, yang dilakukan dari Gaza oleh kumpulan Hamas pada 7 Oktober.


Media Israel telah menunjukkan gambar ibu dan anak perempuan itu diiringi oleh sekumpulan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berseragam, dari sempadan beberapa saat selepas dibebaskan.


Kedua-duanya kelihatan sihat ketika mereka berjalan dengan dipimpin Brigadier Jeneral Israel, Gal Hirsch, ketua perunding tebusan IDF.

Mereka adalah antara kira-kira 200 tebusan yang dikatakan telah diculik Hamas semasa serangan terhadap komuniti dan pangkalan tentera di selatan Israel.

Hamas berkata dua wanita itu, yang dilaporkan oleh penyiar awam Kan dari Israel adalah warga Israel-Amerika, dibebaskan “atas sebab kemanusiaan” sebagai respons kepada usaha pengantaraan oleh Qatar.

Hamas sebelum ini menyifatkan tawanan yang mempunyai kewarganegaraan “asing” sebagai “tetamu” yang akan dibebaskan apabila keadaan mengizinkan, tanpa menyatakan jika itu termasuk warga Israel yang mempunyai dua kerakyatan. – Agensi berita.

Sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan tawanan, berkata pembebasan dua warga Amerika itu sebagai “langkah pertama,” sambil menambah, “perbincangan sedang dijalankan untuk membebaskan lebih ramai lagi.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >