Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ladang ikan dalam kontena pertama S’pura dilancar di Tampines

Nov 19, 2023 | 06:50 PM



Ladang menternak ikan dalam kontena pertama di Singapura telah dilancarkan pada Ahad sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong penternak bandar setempat dan membantu negara ini mencapai matlamat ‘30 menjelang 30’, iaitu memenuhi 30 peratus keperluan makanan dengan pengeluaran setempat menjelang 2030.

Ladang ikan kontena itu terletak di Tampines Street 11 bersebelahan Pasar Bulat dan Pusat Makanan Tampines.

Penduduk boleh menikmati hidangan ikan ‘Jade Perch’ yang diternak di ladang itu, dalam empat hingga enam bulan akan datang.

Persatuan Peniaga Pasar Bulat dan Pusat Makanan Tampines akan bekerjasama dengan peniaga ikan tempatan untuk menjual ikan ‘Jade Perch’ itu, yang boleh mencecah hingga $38 setiap kilogram.

Ikan itu dikatakan akan dijual apabila mencecah kira-kira 500 hingga 600 gram. Namun, ikan itu akan dijual kepada peniaga ikan pada harga kos bagi inisiatif masyarakat ini.

Bercakap di majlis pelancaran itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Tampines, berkata:

“Masyarakat Tampines telah pun menunjukkan sokongan padu bagi projek ladang ikan kontena ini, bukan dalam kalangan penduduk saja tetapi peniaga juga.

“Kami telah menerima banyak permohonan daripada orang awam untuk membantu mengendalikan ladang kontena ini.”

Tambahnya, Tampines giat menyokong projek ladang setempat dengan mengenal pasti ruang yang kurang digunakan di mana kaedah pertanian bandar yang berdaya tahan terhadap iklim dan jimat sumber boleh diuji dan dilaksanakan.

Antara kerjasama yang berjaya telah menghasilkan projek seperti ladang ikan tilapia di Tampines Park dan kebun sayur atas bumbung di tempat letak kereta bertingkat.

Dua rakan kerja yang terlibat dengan ladang ikan kontena itu ialah syarikat akuakultur Aqualita Ecotechnology dan Majlis Bandaran Tampines.

Mereka juga sedang memantau permintaan pengguna bagi ikan yang diternak di ladang ikan kontena.

Menurut pengarah teknologi Aqualita, Encik Goh Chin Heng, syarikat pemula itu juga mahu memahami dengan lebih mendalam tentang kesihatan ikan ‘Jade Perch’, khususnya keperluan khasiatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >