Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program penyelidikan baru rangsang penternakan ikan S’pura

Nov 02, 2023 | 02:42 PM



Membangunkan vaksin bagi ikan siakap Asia dan mengkaji bagaimana mikrob usus menjejas kesihatan ikan menjadi fokus utama dalam usaha penyelidikan akuakultur baru yang dijalankan untuk merangsang perusahaan penternakan ikan tempatan.

Program AquaPolis akan memberi tumpuan kepada tiga spesies ikan - barramundi (siakap Asia), ikan merah dan tilapia laut - dan akan merangkumi pembiakan ikan dan genetik, pemakanan, alam sekitar dan pembangunan bakat dalam akuakultur.

Penyelidikan akan dimulakan secara rasmi dengan perjanjian yang ditandatangani pada Rabu oleh Agensi Makanan Singapura (SFA), Universiti Nasional Singapura (NUS), Makmal Sains Hayat Temasek dan beberapa ladang tempatan di Simposium Saintifik Agri-Makanan Global.

Di Singapura, kebanyakan ternakan ikan Singapura terletak di luar pesisir, membatasi Selat Johor.

Ladang tempatan menghasilkan 4,400 tan makanan laut pada 2022, menyumbang hampir 8 peratus daripada semua bekalan makanan laut tempatan.

SFA berkata: “Singapura, yang kekurangan tanah, mempunyai matlamat untuk meningkatkan jumlah ini, kerana ikan adalah sumber protein yang boleh dihasilkan dengan cekap di sini.”

Program AquaPolis adalah sebahagian daripada usaha Rancangan Akuakultur Singapura, untuk memperbaiki sektor tersebut, lapor The Straits Times.


Syarikat Singapore Aquaculture Technologies, berharap dapat mengembangkan vaksin untuk melawan virus ‘Scale Drop Disease Virus’ (SDDV), yang endemik atau menjadi wabak di perairan Asia Tenggara dan boleh membunuh sehingga 70 peratus ikan siakap Asia semasa wabak.

Barramundi Group, satu-satunya firma akuakultur Singapura yang kini beroperasi di perairan selatan, baru-baru ini menghentikan pengeluaran komersial di tiga ladangnya kerana wabak SDDV.

Walaupun ikan Singapore Aquaculture Technologies tidak diternak di laut, ketua pegawai teknikalnya, Encik Michael Voigtmann, tetap berwaspada terhadap virus itu.

Syarikat itu menggunakan beberapa baj dekat pantai Changi untuk menempatkan kolam ikan dalaman.

Bagaimanapun, mereka mengakui bahawa sistem mereka tidak mencapai biosekuriti sepenuhnya, kerana terdapat “dinding terbuka” dan risiko “ikan dari tempat penetasan lain membawa penyakit”.

Sementara itu, Profesor Madya Christoph Winkler, daripada Jabatan Sains Biologi NUS dan saintis di bawah Program AquaPolis, sedang menyiasat mengapa sebahagian besar larva ikan menghadapi kesulitan terus hidup selepas peringkat larva dalam penetasan dalaman dan mengalami kecacatan rangka.

Penemuan mengenai pengaruh mikrobiom usus manusia terhadap kesihatan, termasuk keimunan dan kesejahteraan mental, bagaimanapun, memberi inspirasi kepada Profesor Winkler menjalankan penyelidikan serupa dalam konteks kesihatan ikan.

Bercakap dalam simposium di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands itu, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon, mengumumkan bahawa dua jawatankuasa kecil akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan Rancangan Akuakultur Singapura.

Langkah itu bertujuan meningkatkan produktiviti akuakultur sambil menjaga alam sekitar marin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >