Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,600 penyenaraian produk kesihatan haram di wadah e-dagang dipadam HSA

Nov 01, 2023 | 08:41 PM



Lebih 4,600 penyenaraian produk kesihatan haram telah dipadam daripada pasaran dalam talian setempat oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA), dalam operasi lapan hari yang diselaraskan oleh Interpol.

Menurut laporan The Straits Times (ST), 89 negara menyertai Operasi Pangea XVI dari 3 dan 10 Oktober – 72 tangkapan dibuat secara global di samping penutupan lebih 1,300 laman web jenayah di seluruh dunia, kata Interpol.


Sebahagian besar daripada 4,681 penyenaraian yang dipadam daripada platform e-dagang dan media sosial di Singapura adalah produk kesihatan gaya hidup, kata HSA pada Selasa.

Produk peningkatan seksual dan kecergasan lelaki membentuk 30 peratus daripada penyenaraian yang dipadam, diikuti produk peningkatan estetik (14 peratus), kontraseptif, produk penurunan berat badan dan produk kulit seperti krim topikal dan salap (masing-masing lapan peratus).

Semasa operasi itu, HSA dan agensi penguatkuasa tempatan turut merampas kira-kira 60,372 produk kesihatan haram, termasuk produk peningkatan seksual, ubat penenang, suplemen herba dan produk pengurusan kesakitan, di pusat-pusat pemeriksaan.

Di peringkat global, produk farmaseutikal dirampas yang berbahaya bernilai lebih AS$7 juta ($9.56 juta), kata Interpol.

Ia menambah ubat mati pucuk membentuk bahagian terbesar ubat (22 peratus) produk yang dirampas di seluruh dunia.

Produk psikoterapeutik, seperti antidepresan, membentuk bahagian kedua (19 peratus) diikuti oleh hormon seks dan ubat gastrousus (12 peratus).

Setiausaha agung Interpol, Encik Jurgen Stock, menjelaskan: “Ubat tiruan dan penyalahgunaan ubat terkawal adalah ancaman besar kepada keselamatan awam di seluruh dunia.

“Operasi Pangea XVI mengeluarkan sejumlah besar produk haram dan berpotensi mengancam nyawa di jalanan serta memusnahkan rangkaian jenayah yang memperdagangkan barangan tersebut.

“Operasi itu menggariskan keperluan berterusan untuk respons yang diselaraskan secara global terhadap ancaman yang timbul oleh ubat-ubatan terlarang dan kumpulan jenayah terancang transnasional.”

HSA menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli produk haram tersebut daripada platform dalam talian kerana ia belum dinilai atau diluluskan oleh pihak berkuasa.

Oleh demikian keselamatan, kualiti dan keberkesanannya tidak terjamin.

Sesetengah produk ini hanya boleh diberikan oleh pakar perubatan dan boleh membawa kepada kesan buruk yang serius jika digunakan secara tidak betul.

HSA juga memberi amaran kepada pengguna supaya berhati-hati terhadap bahan yang mempunyai potensi bahaya dalam kit suntikan kecantikan kendiri, bahan yang tidak selamat atau terlarang - seperti steroid - dalam suplemen kesihatan, dan bahan yang menjanjikan hasil dengan pantas.

“Apabila membeli produk kesihatan dalam talian, beli daripada laman web peruncit yang bereputasi atau laman yang ada kehadiran runcit mantap di Singapura,” tambah HSA.

Orang ramai yang mendapati produk kesihatan haram, palsu atau mencurigakan digalakkan untuk menghubungi cawangan penguatkuasaan HSA di talian 6866-3485, atau hantar emel kepada hsa_is@hsa.gov.sg.

Penjualan produk kesihatan yang diubah, ubat preskripsi dan peranti perubatan pada platform e-dagang tempatan adalah haram di Singapura.

Mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $100,000, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >