Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Lebih 51,000 flat sewa dihuni di bawah Skim Sewa Awam: Desmond

Sep 20, 2023 | 03:03 PM



Sebanyak 51,500 flat sewa dihuni di bawah Skim Sewa Awam hingga Ogos 2023, menurut Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Masa menunggu bagi pemohon flat sewa secara purata adalah sekitar lima bulan, tambahnya.

Jumlah flat sewa yang dihuni itu dijangka meningkat pada tahun akan datang, kata Encik Lee.

Dalam pada itu, sekitar 1,700 flat dihuni di bawah skim Perumahan Sewa Sementara (IRH) yang ditawarkan kepada keluarga berpendapatan rendah yang sedang menanti aturan perumahan jangka panjang, tambah Encik Lee.

“Memandangkan permintaan bagi flat sewa awam terus kekal tinggi, kami menjangkakan jumlah flat sewa yang dihuni meningkat sedikit pada tahun depan, namun kita akan berusaha untuk memastikan masa menunggu (untuk flat) kekal stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang dikemukakan Encik Henry Kwek (SMC Kebun Baru) di Parlimen pada Selasa yang menyentuh tentang penghuni flat sewa awam.

Sementara itu sebanyak 900 flat dihuni di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS), yang menyediakan flat sementara untuk keluarga yang sedang menunggu flat baru mereka, tambah Encik Lee.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menggandakan bilangan flat di bawah skim tersebut daripada sekitar 2,000 unit sekarang kepada 4,000 unit pada hujung 2025.

Permohonan bagi flat sewa di bawah PPHS dibuka sekali setiap dua bulan dan pemohon yang layak perlu mengundi. Mereka yang terpilih perlu memilih flat dan menandatangani persetujuan sebulan selepas permohonan tersebut.

Mereka yang berjaya mendapatkan unit tersebut perlu mengambil kunci pada masa yang sama dan boleh berpindah serta-merta.

“Walaupun dengan lebih banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang selesai dibina, kita perlu menjangkakan permintaan yang kekal tinggi bagi flat PPHS.

“Kami akan menggandakan bekalan flat PPHS, dari sekitar 2,000 unit sekarang kepada lebih 4,000 unit pada akhir 2025.

“Meskipun demikian, bekalan kekal terhad dan kita tidak akan mampu menawarkan flat PPHS kepada semua pemohon.

“Justeru, pemohon PPHS digalak mempertimbang pilihan lain, termasuk menyewa flat di pasaran terbuka, atau tinggal bersama keluarga mereka,” kata Encik Lee.

Sebelum ini, Encik Lee telah mengumumkan di Parlimen bahawa HDB akan melancarkan sehingga 14,000 flat BTO fleksi dua bilik sepanjang tahun mendatang, bagi memenuhi permintaan golongan bujang dan warga emas.

Jumlah itu satu kenaikan sekitar 30 peratus daripada bilangan 2021 hingga 2023, katanya di Parlimen pada Isnin.

Encik Lee berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) sama ada lebih banyak flat dua bilik akan ditawarkan dalam projek BTO Plus dan Prime pada masa depan.

Orang bujang berusia 35 tahun dan ke atas boleh memohon flat sedemikian dalam semua projek BTO di seluruh negara di bawah satu rangka kerja perumahan awam baru yang berkuat kuasa mulai separuh kedua 2024.

Buat masa ini, mereka hanya boleh membeli flat fleksi dua bilik baru di estet belum matang.

HDB juga sedang berusaha mengurangkan masa menunggu bagi flat BTO kepada tiga hingga empat tahun menjelang 2024, berbanding masa menunggu median semasa sekitar empat hingga 4.5 tahun, kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >