Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 29 tahun maut dalam nahas tapak kerja

Oct 10, 2023 | 03:15 PM



Seorang warga Bangladesh berusia 29 tahun meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan tempat kerja pada Isnin (9/10).

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan tempat kerja di Blok 371B Sembawang Avenue sekitar 3 petang pada Isnin.


Polis menambah mangsa dibawa ke hospital sebelum beliau meninggal dunia.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki perbuatan berunsur khianat dan siasatan sedang dijalankan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan mangsa merupakan pekerja binaan warga Bangladesh yang bekerja di tingkat 10 sebuah bangunan dalam pembinaan.

Semasa kejadian, beliau sedang memberi panduan kepada pengendali kren untuk mengangkut bekas bahan sisa apabila bekas tersebut menghayun dan terkena mangsa, kata MOM.

MOM menjelaskan: “Impak tersebut menyebabkan beliau terjatuh dari ketinggian 10 tingkat berserta penghadang pelindung kejatuhan.

“Beliau dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya.”

Ia menambah pemaju tapak tersebut ialah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) manakala penghuni tapak ialah BHCC Construction Pte. Ltd. Pihak majikan mangsa pula adalah Jian Xin Construction Pte. Ltd.

MOM turut menjelaskan ia telah mengarahkan penghuni tapak untuk menghentikan semua kerja-kerja mengangkut dan ia sedang menyiasat kejadian itu.

Sebagai respons kepada BH, HDB dalam kenyataannya pada Selasa mengatakan kejadian itu berlaku di tapak binaan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Sun Sails.

HDB sedang bekerjasama dengan kontraktor bangunan untuk membantu pihak berkuasa dengan siasatan.

“Kami berdukacita atas kematian tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Bersama-sama dengan kontraktor bangunan, kami akan berikan semua sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada mereka dalam masa yang sukar ini,” tambah HDB.

Daripada gambar yang dimuat naik dalam catatan Facebook Complaint Singapore Unrestricted pada 9 Oktober, dapat dilihat seorang lelaki dipercayai pekerja, terlantar di atas lantai setelah beliau difahamkan terlibat dalam satu kemalangan.


Pada Mac 2023, seorang pekerja binaan maut selepas beliau terjatuh dari ketinggian sekitar empat meter ketika melakukan kerja kalis air di atas bumbung.


Warga Bangladesh berusia 33 tahun itu terjatuh sekitar 9 pagi di 2 Marsiling Lane.

Menurut laporan The Straits Times bertarikh 11 Ogos 2023, terdapat sekurang-kurangnya 16 kematian di tapak kerja setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >