Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa tipu wanita lebih $97,000 dalam tipu cinta Internet

Nov 10, 2023 | 04:35 PM



Seorang lelaki didakwa menggunakan persona rekaan dalam talian untuk berkawan dengan seorang wanita, yang kemudian ditipunya untuk memindahkan kepadanya lebih $97,000.

Muhammad Sharul Anoor, 30 tahun, dihadapkan dengan 17 pertuduhan menipu pada Jumaat.

Menurut kertas pertuduhan, Sharul dikatakan memperdaya wanita itu untuk mempercayai bahawa beliau bercakap dengan “Melcolm Tan”, seorang pedagang bunker (mengisi minyak ke dalam tangki kapal) yang memerlukan dana.

Wanita berusia 34 tahun itu dikatakan diperdaya untuk memindahkan sejumlah $97,510 kepada Sharul beberapa kali antara Ogos 2022 dan Mac 2023.

Sharul, yang ditahan pada hari Rabu, berkata di mahkamah bahawa dia telah mendapatkan khidmat peguam bela dan berhasrat untuk menuntut perbicaraan bagi pertuduhan itu.

Mahkamah diberitahu bahawa wang itu belum dipulangkan setakat ini.

Polis berkata pada Jumaat bahawa Sharul dipercayai menggunakan wang itu untuk perbelanjaan harian dan membayar balik pinjamannya.

Menurut statistik penipuan pertengahan tahun polis bagi 2023, terdapat 22,339 kes penipuan dilaporkan dari Januari hingga Jun – meningkat 64.5 peratus daripada 13,576 kes dalam tempoh yang sama pada 2022.

Bagaimanapun, jumlah kerugian yang ditaanggung mangsa pada separuh pertama 2023 turun sedikit kepada $334.5 juta, daripada $342.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2022.

Penipuan cinta Internet adalah penipuan ketujuh yang membimbangkan dalam enam bulan pertama 2023, dengan 446 kes dilaporkan dan sekurang-kurangnya $25.9 juta lesap.

Bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan cinta Internet, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menghantar wang kepada orang yang tidak mereka kenali, lebih-lebih lagi jika mereka belum bertemu secara langsung.

“Hubungi polis dengan segera jika anda menerima sebarang mesej atau panggilan daripada seseorang yang mendakwa menghadapi masalah di luar negara dan memerlukan anda menghantar wang dengan segera,” kata polis, sambil menambah bahawa orang ramai juga harus memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ada yang cuba memeras wang daripada mereka.

Kes Sharul akan dibicarakan selanjutnya pada 8 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >