Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA mula kerja pembaikan jalan raya di Changi South pada 2024

Jun 20, 2023 | 05:13 PM



Kerja pembaikan untuk jalan raya di Changi South dijangka bermula pada 2024 selepas ditangguh selama empat tahun.

Kerja-kerja tersebut bertujuan menyokong peningkatan dalam permintaan perjalanan daripada pembangunan akan datang, seperti Terminal 5 (T5), di Lapangan Terbang Changi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata rancangan untuk mempertingkat infrastruktur jalan raya sepanjang 9 kilometer di kawasan itu terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

Kerja pembaikan akan disiapkan secara progresif mulai 2030, dan bukannya menjelang akhir 2026 seperti yang dikatakan sebelum ini.

Kerja tersebut, yang diumumkan pada 2019 dan sepatutnya bermula pada akhir 2020, termasuk pembinaan jalan raya baru yang akan menghubungkan T5 ke Tanah Merah Coast Road dan East Coast Parkway (ECP).

Tanah Merah Coast Road akan dilebarkan dan dijajarkan semula, manakala sebahagian daripada Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), ECP dan Xilin Avenue akan diperluaskan juga.

Jejambat Changi dan Jejambat Tanah Merah juga akan dikonfigurasikan semula.

Tambahan, laluan basikal baru sepanjang 3.5 kilometer akan dibina di Xilin Avenue dan Tanah Merah Coast Road untuk menghubungkan Tampines dan kawasan East Coast ke T5.

Laluan baru itu akan melengkapkan lorong basikal di jalan raya yang sedia ada dan penghubung taman di kawasan itu, menjadikannya lebih selamat dan selesa untuk pejalan kaki dan penunggang basikal melakukan perjalanan, kata LTA sebelum ini.

Dalam jawapannya kepada akhbar The Straits Times (ST) pada Isnin, LTA berkata lencongan trafik sementara akan dilaksanakan di ECP semasa tempoh kerja pembaikan.


Kerja pembaikan di Changi South adalah sebahagian usaha besar LTA untuk meluaskan jalan raya sedia ada, membina jalan baru, mendirikan jejambat baru dan menyediakan laluan berbasikal di bahagian utara dan selatan Lapangan Terbang Changi.

Digelar Koridor Utara Changi dan Koridor Selatan Changi, projek pengangkutan ini dijangka memberi manfaat kepada daerah perindustrian dan perniagaan di kawasan itu dan membantu mengurangkan kesesakan sedia ada di jalan raya utama.

Koridor Utara Changi termasuk jejambat kenderaan sepanjang 2.6 kilometer di Loyang Avenue; laluan basikal baru sepanjang tiga kilometer; dan pelebaran Loyang Avenue, Telok Paku Road, Nicoll Drive dan Changi Coast Road.

Beberapa kerja pembaikan telah pun bermula.

Sebahagian daripada Loyang Avenue antara Pasir Ris Drive 3 dan Loyang Way ditutup dari Februari 2023 hingga suku kedua 2029 untuk memudahkan pembinaan.

Koridor Utara Changi dijangka siap menjelang 2030, tepat pada masanya sempena pembukaan empat stesen MRT Laluan Rentas Pulau (CRL) di kawasan itu.

Fasa pertama CRL dijadualkan dibuka pada 2030 – terdiri daripada 12 stesen dari Aviation Park di Changi ke Bright Hill di Sin Ming – dan meliputi jarak sekitar 29 kilometer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >