Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA undang firma perunding bangun pelan induk bagi jalan di Koridor Utara-Selatan

Oct 30, 2023 | 07:58 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melancarkan Permohanan bagi Saranan (RFP) pada Isnin dan menjemput firma perunding dengan kepakaran dalam seni bina landskap, reka bentuk bandar, reka bentuk ruang awam, pembuatan tempat dan mobiliti aktif untuk membangunkan Pelan Induk untuk jalan di sepanjang Koridor Utara-Selatan (NSC).

NSC ialah koridor pengangkutan pelbagai mod sepanjang 21.5km yang meningkatkan ketersambungan dari daerah utara ke bandar yang terdiri daripada Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Toa Payoh, Novena dan Rochor.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, LTA berkata: “RFP ini sebagai peringkat seterusnya dalam membangunkan Pelan Induk untuk jalan permukaan NSC.”

Pelan Induk bertujuan menggunakan semula ruang jalan di sepanjang jejambat dan terowong NSC yang akan disiapkan secara berperingkat mulai 2027.

Ruang jalan raya ini, yang saiznya kira-kira 30 padang bola sepak besar, dijangka dikosongkan untuk memberi lebih keutamaan bagi ruang berjalan kaki, berbasikal, pengangkutan awam dan ruang komuniti.

Ini akan mempromosikan mod perjalanan yang lebih mesra alam sejajar dengan Visi ‘Walk, Cycle, Ride’ (WCR) (Berjalan Kaki, Berbasikal dan Menaiki Pengangkutan Awam) LTA, dan menjadikan jalan raya lebih selamat, lebih menyenangkan dan mesra untuk komuniti di sepanjang koridor itu.

“Melalui RFP, kami mahu membangunkan pelan induk untuk jalan permukaan NSC yang akan memaksimumkan pergerakan dan potensi pembuatan tempat bagi ruang guna semula secara berkesan,” kata LTA.

Ketua Eksekutif LTA, Encik Ng Lang, berkata: “Dengan menggunakan semula ruang jalan raya, kami boleh menyepadukan pergerakan dan pembuatan tempat dengan cara yang berpotensi mengubah kawasan kejiranan, mentakrifkan semula perjalanan dan memperkayakan kehidupan rakyat Singapura.”

Proses RFP ini terdiri daripada dua peringkat. Pada peringkat pertama, pasukan yang mengambil bahagian akan dinilai berdasarkan faktor seperti pernyataan niat reka bentuk, komposisi/organisasi pasukan dan rekod prestasi mereka.

Pada peringkat kedua, pasukan yang disenaraikan dikehendaki membangunkan konsep keseluruhan untuk pelan induk, pelan penglibatan dan cadangan konsep untuk satu segmen bandar (dari Beach Road ke Bencoolen Street) dan satu segmen kediaman (dari Marymount Lane ke Ang Mo Kio Avenue 3).

Pasukan yang mengambil bahagian kemudian akan dinilai oleh Panel Penasihat Reka Bentuk (DAP) yang terdiri daripada 10 ahli yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam dan luas dalam reka bentuk landskap, reka bentuk bandar, reka bentuk ruang awam, pembuatan tempat dan mobiliti mikro.

RFP akan diberikan kepada pasukan yang mengemukakan cadangan terbaik di Peringkat 2 pada separuh kedua 2024 dan pasukan yang berjaya kemudian akan meneruskan dalam membangunkan Pelan Induk untuk keseluruhan NSC.

Pelan Induk dijangka siap pada 2026 dan penggunaan semula jalan permukaan NSC akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 2027, terikat dengan penyiapan terowong dan jejambat NSC, kata LTA.

Perunding yang dilantik akan mengkaji semula idea yang dikumpul daripada penglibatan setakat ini (termasuk bengkel berwawasan) dan bekerjasama dengan LTA dan agensi rakan kongsi untuk mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak berkepentingan dalam membangunkan Pelan Induk untuk jalan permukaan NSC.


Selain mempertimbangkan keperluan dan aspirasi masyarakat, Pelan Induk juga akan mengambil kira faktor-faktor seperti rancangan pembangunan yang lebih luas dan kesalinghubungan pengangkutan untuk kawasan sekitar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >