Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majoriti AP boleh disiasat secara persendirian tanpa perlu kelulusan

Aug 04, 2023 | 07:28 PM



Majoriti anggota parlimen (AP) dan ahli politik di sini boleh disiasat secara persendirian tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada polis, menurut undang-undang yang mengawal selia aktiviti penyiasat persendirian.

Speaker Parlimen, ketua pembangkang, Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) juga tidak terkecuali.

Namun, kelulusan awal diperlukan untuk penyiasatan persendirian terhadap Presiden, Perdana Menteri, Menteri atau Menteri Negara.

The Straits Times melaporkan bahawa polis berkata di bawah Akta Industri Keselamatan Persendirian yang mengawal selia penyiasat persendirian, kelulusan diperlukan bagi “tugas keselamatan tertentu”.


Ini bermakna penyiasat persendirian perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Jabatan Pelesenan dan Kawal Selia Polis sebelum mereka boleh menyiasat individu tertentu.

Di bawah Akta tersebut, individu-individu ini termasuk seorang wakil di sini daripada pemerintah lain dan tokoh politik setempat.

Walau bagaimanapun, Akta tersebut menyatakan bahawa “tokoh politik” hanya meliputi presiden, perdana menteri, menteri atau menteri negara.

Ia tidak meliputi Speaker, ketua pembangkang, NMP atau NCMP.

Ia juga tidak meliputi tokoh politik setempat yang bukan AP.

Di bawah Akta tersebut, penyiasat persendirian juga memerlukan kelulusan sebelum mereka terlibat dengan pemerintah mana-mana negara selain Singapura.

Penyiasat persendirian biasanya terlibat dengan pasangan yang ingin mengintai pasangan mereka, atau syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang ke atas bakal pekerja.

Mereka kadangkala juga diupah oleh bakal mertua.

Jurucakap polis berkata kelulusan awal tugasan tertentu diperlukan untuk melindungi kepentingan Singapura.

Jurucakap tersebut berkata: “Ini untuk menghalang orang daripada menjalankan aktiviti penyiasatan yang mungkin menjejaskan kepentingan awam atau keselamatan negara.”

Pada Rabu, NCMP, Encik Leong Mun Wai bertanya di Parlimen sama ada terdapat sesiapa yang telah memohon permit di bawah Akta tersebut untuk menjalankan pengawasan terhadap mantan AP Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera dan anggota parti, Cik Nicole Seah.

Encik Perera dan Cik Seah meletak jawatan daripada WP pada Julai selepas video yang mendedahkan hubungan sulit mereka tersebar dalam talian.

Encik Leong juga bertanya sama ada polis akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada mana-mana undang telah dilanggar jika tiada permit sedemikian dipohon.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam kemudian bertanya kepada Encik Leong bahagian mana dalam Akta tersebut yang dimaksudkannya.

Encik Leong berkata beliau tidak tahu bahagian mana daripada Akta itu yang relevan, tetapi melahirkan kerisauan bahawa “sesiapa daripada kami di ruang awam” boleh dirakam.

Encik Shanmugam menjawab bahawa dalam kes bekas AP, Encik David Ong, seorang penyiasat persendirian telah diupah suami wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan Encik Ong.

Encik Ong meletak jawatan pada 2016 setelah hubungan sulitnya itu terbongkar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >