Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majoriti rakyat dukung kepentingan nasional, sebelum masyarakat, diri sendiri: Tinjauan PAP

Aug 18, 2023 | 06:07 PM



Sebahagian besar rakyat Singapura akur pentingnya bersatu padu dan mengutamakan kepentingan nasional terlebih dahulu sebelum masyarakat masing-masing atau diri sendiri, dengan sekitar 9 dari 10 warga yang ditinjau menyatakan demikian, menurut satu tinjauan.

Namun begitu, warga lebih muda nampaknya kurang yakin nilai perpaduan itu didukung lebih kental berbanding warga lebih berusia republik ini.

Demikian antara dapatan satu tinjauan oleh Forum Dasar Parti Tindakan Rakyat (PPF) yang dijalankan dalam talian dari 28 Julai hingga 6 Ogos lalu, yang menarik sekitar 1,500 respons.

Hasil dapatan itu didedahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam satu kenyataan pada Jumaat (18 Ogos), menjelang siri dialog ‘PPF | Insights’ sempena memperingati 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew.

Siri pertama dialog akan diadakan pada 26 Ogos ini, bertajuk ‘Tripartism: Past, Present and Future’ (Tiga Pihak: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan).

Intipati dialog ini akan tertumpu kepada ucapan mendiang Encik Lee, dari 1955 hingga 2012, yang memberi tumpuan kepada isu pekerja dan majikan yang sering ditekankan tokoh itu sepanjang kepimpinannya. Responden ditunjukkan petikan ucapan mendiang sebelum diminta memberi respons mereka.

Tinjauan yang dijalankan turut menyorot nilai perpaduan di sini, di mana sekitar 8 dalam 10 responden berasa ‘yakin secara sederhana’ nilai itu didukung hari ini. Apabila ditinjau mengikut usia, warga Singapura berusia 51 tahun dan ke atas cenderung melahirkan tahap kepercayaan lebih tinggi berbanding warga lebih muda (21 tahun hingga 35 tahun)

Apabila ditanya mengenai keupayaan warga Singapura menerima perubahan pahit dan menyesuaikan diri demi masa depan, sekitar 9 dalam 10 berkata ia kekal penting.

Dalam kalangan responden yang berkata ia penting, pemilik perniagaan dan usahawan mempunyai tahap kepercayaan paling tinggi terhadap keperluan mengekalkan keupayaan ini, berbanding golongan pelajar dan pekerja.

Penasihat Forum Dasar PAP, Cik Josephine Teo, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, menarik perhatian seruan pemerintah kepada warga Singapura sempena Hari Kebangsaan 2023 agar Seterusnya Ke Depan Bersatu Hati.


“Justeru, melihat ramai warga Singapura memperkukuh kepercayaan mereka untuk bekerjasama dalam menyokong perpaduan negara adalah sesuatu yang menggalakkan.

“Dalam dunia yang semakin berpecah belah hari ini, dan sebagai negara muda yang tidak dapat bergantung pada kawasan pedalaman, kita tidak mampu untuk berpaling ke dalam, apatah lagi untuk berpaling tadah.

“Perpaduan kita adalah kekuatan terbesar kita – kita tidak boleh kehilangannya,” kata Cik Teo.

Dapatan tinjauan itu, beserta laporan daripada dialog itu, akan diterbitkan di laman dan wadah media sosial parti itu selepas acara dialog tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >