Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Mendaki lancar pusat satelit kelima di Punggol

Zaqy turut umum pelancaran bulan Raikan Ilmu di empat estet
Jun 12, 2023 | 05:41 PM



Yayasan Mendaki akan melancarkan pusat satelit baru di Punggol pada 1 Julai 2023.

Pusat kelima seumpamanya di kawasan estet perumahan itu merupakan sebahagian daripada usaha Mendaki untuk mendekati lebih ramai keluarga Melayu di sini.

Selain daripada menawarkan sokongan pendidikan, pusat satelit baru itu dijangka turut menyediakan akses kepada program khusus, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy yang juga merupakan timbalan pengerusi Mendaki mengumumkan demikian dalam satu sidang media pada Isnin di Wisma Mendaki, di Kee Sun Avenue.

Katanya, pusat satelit baru itu akan berfungsi sebagai ruang untuk terus mendekati dan memberi manfaat kepada masyarakat secara lebih luas.

Sehingga kini, terdapat empat pusat satelit Mendaki yang masing-masing terletak di Jurong, Pasir Ris, Woodlands dan Choa Chu Kang.

“Pusat seperti ini adalah penting kerana program, skim dan bantuan yang diberikan dapat diakses oleh masyarakat dengan mudah.

“Kami sudah lihat bagaimana program-program yang kami tawarkan, contohnya di bawah M³ (M Kuasa Tiga), menjadi efektif apabila kami dapat mendekati masyarakat,” katanya.

Melalui 11 rangkaian M³@Bandar, Mendaki kini dapat mendekati lebih daripada 82 peratus masyarakat Melayu di sini.

Memandangkan Punggol merupakan bandar yang baru, Encik Zaqy menjelaskan terdapat banyak keluarga muda yang mempunyai kanak-kanak kecil yang pergi ke sekolah.

“Di sini, ia penting bagi kita mendekati keluarga-keluarga ini.

“Dengan adanya satu pusat di Punggol, kami dapat memastikan keluarga-keluarga ini dapat akses kepada program-program yang kami tawarkan seawal mungkin,” tambahnya.

Semasa sidang media itu, Encik Zaqy turut mengumumkan pelancaran bulan Raikan Ilmu yang diadakan di empat estet perumahaan di seluruh pulau pada 1 Julai.

Turut bersamanya di sidang media itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.

Raikan Ilmu@Heartlands akan dilancarkan di satelit terbaru Mendaki di One Punggol pada 1 Julai sebelum bergerak ke Geylang Serai pada 8 Julai, IMM pada 22 dan 23 Julai dan Kampung Admiralty pada 29 Julai.

Mendaki akan bekerjasama dengan 11 M³@Bandar dan 30 rakan kongsi termasuk profesional untuk menawarkan aktiviti menarik melalui tiga astaka di Raikan Ilmu@Heartlands.

Aktiviti-aktiviti ini akan mempamerkan S.T.E.A.M (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) dan aktiviti S.T.E.M (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) serta peningkatan kemahiran dan peluang kerjaya.

Aktiviti tersebut akan dikelompokkan kepada tiga astaka khusus – PlayFest untuk kanak-kanak kecil di bawah usia enam tahun dan golongan ibu bapa; TinkerSpace bagi pelajar dari sekolah rendah, sekolah menengah dan mereka di Institut Pendidikan Tinggi (IHL); serta SkillsFuture untuk karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dan mereka yang ingin mencari pekerjaan.

Sempena Raikan Ilmu@Heartlands, Mendaki juga akan menganjurkan satu acara kemuncak setiap minggu pada bulan Julai.

Antaranya termasuk Persidangan Masyarakat Gemilang pada 8 Julai, Simposium Mendaki pada 13 Julai, #MakingConnections yang memberi peluang untuk membina rangkaian kerja pada 22 Julai dan Anugerah Mendaki pada 29 Julai.

Mengulas tentang bulan Raikan Ilmu, Encik Zaqy berkata:

“Saya amat mengalu-alukan penglibatan setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan bulan Raikan Ilmu pada tahun ini.

“Kami berharap anda semua dapat ke pusat-pusat satelit kami dan melibatkan diri dalam program-program yang ditawarkan di merata Singapura nanti!” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut tentang bulan Raikan Ilmu, anda boleh lungsuri laman https://www.mendaki.org.sg/raikanilmu mulai 16 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >