Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menteri M’sia kagumi pentadbiran masjid S’pura diterajui golongan muda

Nov 19, 2023 | 04:43 PM



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Setia Mohd Na’im Mokhtar, telah melahirkan rasa kagumnya dengan pentadbiran masjid di Singapura.

Menerusi laman Facebook beliau pada Sabtu, Datuk Na’im berkata beliau telah berkunjung ke Masjid Al-Falah di Orchard Road.

“Saya kagum dengan pentadbiran masjid yang diterajui oleh golongan muda yang menjadikan masjid bukan sahaja tempat mengerjakan ibadah.

“Pengisian masjid yang terletak di tengah-tengah pusat komersial ini bukan sahaja padat dan aktif menampilkan program-program ilmu, dakwah melibatkan interaksi pelbagai agama dan kaum, mereka juga giat mengadakan program kemasyarakatan seperti menerima ziarah pelancong, alam sekitar dan aktiviti keluarga secara fizikal dan secara maya dengan memanfaatkan arus perkembangan digital semasa dengan bimbingan pihak pejabat Mufti,” ujarnya.

Tambahnya, beliau berbesar hati dapat bertukar dan berkongsi ilmu dalam usaha memperhebat pengurusan masjid.

Dalam lawatannya itu, Datuk Na’im diiringi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff serta delegasi dari Malaysia.

Mereka telah diberikan taklimat oleh Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Khairul Anwar Mohamed Abdul Alim; Superintenden Kelompok Masjid Daerah Selatan, Ustaz Hafiz Rashid; serta Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Falah, Ustaz Khairul Anwar Mohd Aznan.

“Banyak perkara yang boleh kita belajar daripada sahabat-sahabat di Singapura contohnya dalam pengurusan dan pengimarahan masjid,” ujar Datuk Na’im yang berada di Singapura minggu lalu untuk menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims) ke-20.

Menerusi laman Facebook beliau pada Ahad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Datuk Na’im atas pengiktirafan tinggi yang diberikannya kepada pentadbiran Masjid Al-Falah.

“Insya-Allah, dengan rangkaian kerjasama yang semakin erat, kami akan terus mempelajari dan berkongsi ilmu antara satu sama lain termasuk mempertingkat pentadbiran masjid-masjid kita demi pembangunan kukuh kita bersama di rantau ini,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >