Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mercy Relief turut usaha kumpul derma bantu rakyat Palestin

Badan bantuan kemanusiaan itu sasar kumpul $100,000
Nov 15, 2023 | 01:42 PM



Mercy Relief sedang menjalankan kempen mengumpul derma yang mensasarkan jumlah $100,000 bagi membantu warga dan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat, kata Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh.

Beliau memberitahu Berita Harian (BH) semasa di Kahirah, Mesir, bahawa beliau terkesan dengan konflik yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat, dan ingin tampil untuk menggunakan sumber dan rangkaian Mercy Relief untuk membantu.


“Mercy Relief sentiasa menangani bencana, tidak kira sama ada ia buatan manusia atau semula jadi kerana yang terjejas ialah manusia. Kami percaya kepada semangat kemanusiaan.

“Kami ingin melakukan apa yang kami mampu, tidak kira kaum, agama dan kepercayaan. Terdapat ramai orang yang terjejas akibat konflik ini dan mereka memerlukan bantuan,” kata Encik Satwant.

Pada 11 November 2023, Encik Satwant telah terbang ke Kahirah, Mesir untuk bertemu Penyelaras Kanan Prinsip Kemanusiaan daripada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin, Encik Andrew Hyslop. Beliau diberi taklimat mengenai perkembangan di sepanjang lintasan Rafah dan keadaan bantuan kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat.

“Saya telah dimaklumkan oleh mereka bahawa terdapat kekurangan air yang bersih dan kehabisan makanan. Musim sejuk akan tiba dan pakaian hangat amat diperlukan.

“Setiap hari bilangan pelarian semakin meningkat. Kita harus bangkit untuk membantu sesama manusia,” kata Encik Satwant.

Kempen mengumpul dana itu, yang dinamakan ‘Harapan untuk Gaza, Tebing Barat & Pelarian Palestin’, bermula pada 9 November 2023, telah mengumpul lebih $4,500 setakat 14 November 2023 menerusi laman web www.giving.sg.

Dalam satu kenyataan oleh Mercy Relief pada Selasa, badan bantuan kemanusiaan itu berkata krisis kemanusiaan di Gaza, Tebing Barat, dan dalam kalangan pelarian Palestin adalah suatu isu yang rumit dan lama, yang memerlukan perhatian dan sokongan padu sedunia.

Tumpuan kempen ini ialah untuk mengumpul dana bagi memberikan bantuan segera dan sokongan jangka panjang. Wang derma ini akan digunakan untuk menyediakan makanan, air bersih, dan bekalan perubatan kepada mangsa rentan, kata Mercy Relief.

Apabila ditanya bagaimana Mercy Relief akan menyalurkan dana kepada UNRWA dengan selamat, dan memastikan bantuan akan dihantar kepada mereka yang memerlukan, badan tersebut berkata:

“Kami akan memindahkan dana ke UNRWA melalui pemindahan bank, dan ini meliputi kos program yang akan diberikan secara bertahap-tahap, sejajar dengan pencapaian bagi setiap program tertentu.

“Untuk memastikan pelaksanaan program dan sokongan penyelarasan yang berkesan, seorang kakitangan Mercy Relief akan dihantar untuk bekerja rapat dengan UNRWA. Memandangkan risiko yang semakin tinggi, kami akan mengerahkan pegawai kemanusiaan kanan kami untuk mengawasi operasi di sana,” kata Mercy Relief.

Selain sumbangan orang ramai, Mercy Relief juga sedang bekerjasama dengan rakan kongsi korporat untuk mengumpul dana.

Pada Jumaat, dalam satu majlis di Hotel Four Seasons di Kahirah, RLAF telah menyerahkan cek bernilai $2 juta kepada UNRWA.

Pada Sabtu pula, SRC telah menyerahkan bantuan tambahan bernilai AS$100,000 ($136,090) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), jumlah tambahan daripada AS$200,000 yang diumumkan sebelum ini.


Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, turut berada di kedua-dua majlis di Kahirah, untuk menyaksikan penyerahan dana kepada UNRWA dan ERC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >