Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Polis, NParks tolak permohonan anjur acara awam berkaitan konflik Israel-Hamas

Oct 18, 2023 | 03:37 PM



Permohonan untuk mengadakan acara dan perhimpunan awam berkaitan konflik Israel-Hamas akan ditolak, kata polis dan Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.

Polis menilai bahawa terdapat kebimbangan tentang keselamatan awam berkaitan dengan acara atau perhimpunan sedemikian, memandangkan ketegangan yang semakin memuncak, kata NParks.

“Polis tidak akan memberikan sebarang permit untuk menganjurkan perhimpunan yang menyokong politik negara lain atau entiti asing, atau perhimpunan yang mungkin berpotensi membangkitkan emosi dan membawa kepada insiden ketenteraman awam.

“Keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama berbeza di Singapura tidak boleh dipandang remeh, dan kita tidak boleh membiarkan peristiwa yang berlaku secara luaran menjejaskan keadaan dalaman di Singapura.

“Memandangkan sensitiviti topik dan keadaan yang tidak menentu di luar negara, terdapat risiko bahawa acara atau perhimpunan sebegitu boleh menimbulkan kekacauan awam. Oleh itu, permohonan untuk mengadakan acara sedemikian akan ditolak,” kata polis dan NParks melalui kenyataan tersebut.

Terdapat banyak insiden keganasan dilaporkan di banyak negara di tengah-tengah konflik Israel-Hamas yang berterusan, tambah kenyataan itu.

Sebagai contoh, seorang pekerja Israel dari Kedutaan Israel di Beijing ditikam di hadapan sebuah pasar raya, manakala seorang guru sekolah Perancis maut ditikam seorang lelaki Chechnya di Perancis pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan terdapat dua acara yang dirancang di Singapura berkaitan konflik Israel-Hamas, yang kedua-duanya dihebahkan di TikTok.

Salah satu daripada acara itu, bertajuk ‘Singapore X Palestine Protest’, sepatutnya diadakan pada Rabu di Marina Barrage pada 6 petang.

Satu lagi acara, bertajuk ‘Peace Rally for Palestine’, dijadualkan berlangsung pada Ahad ini di Hong Lim Park dari 5 petang hingga 8 malam.

Penganjur Peace Rally for Palestine, Cik Siti Hajar Johari, memberitahu akhbar The Straits Times: “Adalah menyedihkan kami tidak dapat mengadakan perhimpunan aman untuk menunjukkan sokongan kami kepada penduduk Gaza.


“Kami tidak menyokong Hamas, tetapi kami perlu membela orang awam tidak bersalah yang terperangkap di tengah-tengah pertempuran.”

Menurut laman web NParks, sesiapa yang ingin menggunakan Sudut Pidato di Hong Lim Park untuk sebuah acara mesti memohon kepada NParks untuk mendapatkan permit.

Warga bukan Singapura dan entiti bukan Singapura juga mesti memohon permit polis untuk menganjurkan atau membantu dalam penganjuran acara di sana.

Warga bukan Singapura juga mesti mendapatkan permit polis untuk membuat ucapan awam di Sudut Pidato.

Di samping itu, individu dinasihatkan mengelak membuat kenyataan yang tidak sensitif atau menyinggung perasaan tentang kaum atau agama, yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama Singapura.

Di bawah Kanun Keseksaan, sesiapa secara sengaja mengeluarkan kata-kata untuk melukai perasaan perkauman seseorang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa secara sengaja atau cuba mempromosikan ketidakharmonian atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat antara kumpulan kaum yang berbeza boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya.

Sesiapa yang melakukan perbuatan yang memudaratkan pengekalan keharmonian antara kumpulan kaum yang berbeza, yang mengganggu atau mungkin mengganggu ketenteraman awam, boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya.

Polis berkata ia memandang serius perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >