Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOF, PSC perjelas sebab anak Tharman dipindah ke direktorat berbeza MOF

Aug 30, 2023 | 08:29 PM



Anak calon Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, Encik Akilan, yang bekerja di Kementerian Kewangan (MOF), dipindahkan ke direktorat berbeza di kementerian itu pada Julai untuk mengelak kemungkinan berlaku konflik kepentingan, kata MOF dan Sekretariat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) pada Rabu.

Encik Akilan, yang menyertai MOF pada Jun 2022, sebelum ini bertugas di direktorat rizab dan pelaburan.

Tiada konflik kepentingan berlaku dalam kerjanya sebelum ini di direktorat tersebut, kata kenyataan itu.

Encik Akilan kini bertugas dalam bahagian dasar pendidikan dan tenaga kerja di direktorat program sosial di MOF.

“Tiada percanggahan kepentingan antara jawatan Encik Akilan sekarang dan pencalonan bapanya bagi jawatan presiden.

“Keputusan itu dibuat pada Julai untuk menggilir-gilirkannya dan mendahului sebarang kemungkinan potensi situasi konflik kepentingan berlaku dalam pilihan raya Presiden,” kata kenyataan itu.

Bercakap kepada media pada Rabu selepas kenyataan itu dikeluarkan, Encik Tharman berkata kenyataan itu harus “difahami seadanya” dan tiada apa-apa yang perlu dijawabnya.

Beliau ditanya tentang pendapatnya mengenai kenyataan itu, serta desas-desus dalam talian yang seolah-olah mengatakan kerja Encik Akilan ditukar tergesa-gesa pada Rabu setelah ia mendapat perhatian umum.

“Apakah anda mencadangkan MOF dan PSC mencipta fakta? Tak mungkin, bukan. Jadi, saya rasa ia cukup jelas. Jika anda mempunyai sebarang soalan susulan, silakan tanya MOF dan PSC, bukan saya.

“Saya rasa adalah perkara yang sangat serius jika anda mahu mengada-adakan fakta,” kata Encik Tharman, lapor The Straits Times.


Kenyataan MOF dan PSC serta respons Encik Tharman itu menyusuli beberapa pos media sosial pada hari sama yang mengandungi tangkap layar daripada laman web Daftar Pemerintah Singapura mengenai tugas Encik Akilan sebelum ini dalam direktorat rizab dan pelaburan. Pos media sosial itu juga mengatakan Encik Akilan anak Encik Tharman.

Beberapa pos di media sosial juga mengatakan Encik Akilan dibenarkan menangguhkan pelaksanaan Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa dan mempersoal sebabnya.

Dalam kenyataan itu, MOF dan Sekretariat PSC berkata Encik Akilan telah dilayan sama seperti semua pemegang biasiswa merit luar negara yang lain, mengikut dasar semasa.

“Encik Akilan menangguhkan NS pada 2011, menyambung semula tanggungjawab NS pada 2015 dan menyelesaikan tanggungjawab NS-nya, seperti penerima biasiswa PSC lain yang telah menangguhkan NS juga,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Team Tharman berkata desas-desus dalam talian mengenai anak-anak Encik Tharman adalah “palsu dan tidak berasas”.

"Tiada seorang pun anaknya yang berniaga, apatah lagi mendapat sokongan Pemerintah untuk sebarang perniagaan.

“Mereka pergi ke sekolah tempatan dan tidak ada yang menghadiri Sekolah Amerika Singapura, seperti yang didakwa,” kata jurucakap itu.

Beliau menambah: “Kami sentiasa menggesa pertandingan berdasarkan fakta dan rekod prestasi calon. Khabar angin sedemikian adalah malang dan membawa keburukan kepada proses itu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >