Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Monyet ganggu niaga di The Punggol Settlement, tidak agresif pada pelanggan

Jul 07, 2023 | 01:20 PM



Sekumpulan monyet kerap mengunjungi kawasan The Punggol Settlement di Punggol, mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa perniagaan tetapi menarik perhatian pelanggan.

Ketua Eksekutif House of Seafood, Encik Francis Ng, 50 tahun, berkata sehingga 60 monyet akan berkumpul di luar restoran tingkat bawah itu setiap hari, biasanya antara 3 hingga 6 petang.

Apabila tidak memanjat pokok, haiwan itu duduk di atas pagar atau di atas replika ketam berwarna jingga merah di situ, lapor The Straits Times (ST).


Encik Ng berkata monyet-monyet itu mencuri sudi garpu, pinggan kecil, alas meja dan replika makanan plastik.

Lebih menyakitkan hati, haiwan itu membuat kira-kira enam lubang, sebesar syiling 50 sen, pada sengkuap yang baru dipasang berharga kira-kira $20,000.

Pengarah Urusan Punggol Seafood, Encik Fabian Lim, 38 tahun, berkata monyet-monyet itu turut merosakkan khemah mudah alih yang menjadi tempat berteduh pelanggannya dan mengganggu perniagaan dengan mengambil tisu basah dari meja yang tidak dijaga.

Encik Lim juga biasanya melihat kumpulan haiwan itu dari 3 hingga 6 petang.

Beliau juga berkongsi bahawa pekerja pembersihan di situ melihat monyet-monyet itu datang pada waktu pagi, kira-kira tiga atau empat kali seminggu.

Encik Ng berkata apabila House of Seafood dibuka di The Punggol Settlement pada 2013, beliau pernah melihat kira-kira tiga atau empat monyet di taman berhampiran pantai setiap dua hingga tiga bulan.

Beliau melihat lebih banyak di luar restorannya sepanjang lima tahun lalu.

Dalam gambar dan video yang diambil oleh Encik Ng pada Rabu, sekitar 1.30 petang, beberapa monyet dilihat di laluan pejalan kaki di New Punggol road, yang berdekatan dengan The Punggol Settlement.

Dalam gambar lain yang diambil di Northshore Drive, tujuh monyet dilihat di jalan raya.

Encik Lim menegaskan monyet-monyet itu tidak agresif dan tidak mengganggu pelanggan. Ini diakui Encik Ng daripada House of Seafood dan dua lagi pemilik perniagaan yang ditemui ST.


Encik Ryan Lee, pengarah kumpulan pengurusan hidupan liar di Lembaga Taman Negara (NParks), berkata monyet-monyet itu, daripada jenis ekor panjang, mungkin datang dari Taman Pulau Coney dan hutan di kawasan itu.

Haiwan-haiwan pinggir hutan itu bergerak antara tompok-tompok hutan untuk mencari makanan dan wilayah, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >