Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis tahu tentang kumpulan sesat ‘SiHulk’ di M’sia

Ajaran difatwakan sesat di Johor dan Perak, dakwa Nabi Muhammad Tuhan; pengasas dan pengikutnya kini di NZ; produk minuman SiHulk tidak lagi dibawa masuk ke S’pura
Aug 01, 2023 | 06:07 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tahu mengenai sebuah kumpulan ajaran sesat Malaysia – dikenali sebagai SiHulk – yang tersebar dalam talian, tetapi tiada laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa di sini tentangnya.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, Muis berkata: “Kami sedar (tentang ajaran itu) tetapi tiada aduan dibuat mengenai ajaran tersebut di Singapura.”


Kumpulan itu antara lain mendakwa Nabi Muhammad saw adalah Tuhan dan giat mempromosikan fahaman seperti itu di media sosial.


Kumpulan SiHulk difatwakan sesat di Johor sejak 22 Julai 2021 kerana ia didapati menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat serta akhlak Islam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini juga memutuskan fahaman itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Pengasas kumpulan itu dan sebahagian pengikutnya dipercayai kini berada di New Zealand.

Baru-baru ini, satu pos dimuat naik menunjukkan perhimpunan besar-besaran diadakannya di New Zealand.

Kegiatan mereka mempromosikan ajaran itu masih aktif disebar di media sosial.

Malah, pengikut-pengikutnya memuat naik video yang mendakwa ‘Allah adalah nama milik Nabi Muhammad dan Allah itu subjek, Nabi Muhammad itu objeknya.’

Baru-baru ini, kerajaan Johor membentuk sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk bagi membendung penyebaran ajaran itu di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata jawatankuasa itu terdiri daripada wakil Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Encik Fared berkata masyarakat juga diminta tidak menyokong aktiviti perniagaan dan kemasyarakatan kumpulan SiHulk bagi melumpuhkan ajaran sesatnya.

“Status terkini kilang air SiHulk yang berada di Johor, Selangor dan Indonesia telah ditutup. Difahamkan penutupan itu berlaku selepas sijil halal mereka ditarik semula kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, pada 3 Jun 2021.

“Oleh itu, jika produk terbabit masih berada dalam pasaran, pemilik premis diminta menghentikan jualannya kerana ia menyokong aktiviti ajaran sesat berkenaan,” kata beliau

Pemeriksaan Berita Harian menunjukkan produk minuman SiHulk pernah dibawa masuk ke Singapura, namun dihentikan pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >