Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murali gesa lakukan lebih banyak, guna teknologi agar jalan raya lebih selamat

Teknologi dapat dilaksana secara berkesan hanya lepas pertimbangan menyeluruh faktor lain, seperti reka bentuk jalan raya dan sikap pengguna: Amy Khor
Aug 03, 2023 | 07:09 PM



WALAUPUN Singapura telah mencapai tahap keselamatan jalan raya tinggi, masih ada ruang untuk pembaikan, kata Encik Murali Pillai (Bukit Batok) semasa membentangkan usul penangguhan bertajuk ‘Memanfaatkan Teknologi bagi Hasil Keselamatan Jalan Raya lebih baik di Singapura’ di Parlimen pada Khamis.

Beliau menyarankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menimbangkan saranan mewajibkan perbadanan dan penggunaan teknologi selamat, yang mempunyai rekod berupaya mengurangkan pelanggaran bagi semua kenderaan.

“Secara hormat, saya fikir peraturan yang mewajibkan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan sekarang agak ketinggalan. Pada pandangan saya, kita mempunyai hanya sedikit peraturan yang mewajibkan penggunaan teknologi dalam kenderaan.

“Kita mempunyai peraturan yang mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar.

“Terkini dalam perbincangan mengenai keselamatan membawa pekerja, semua lori dengan sarat maksimum melebihi 3,500 kilogram perlu dilengkapi dengan had kelajuan. Kita boleh melakukan lebih banyak lagi,” kata Encik Murali.

Beliau menambah bahawa teknologi telah terbukti berupaya mengurangkan angka kematian di jalan raya, meskipun ia akan menambah sedikit kos.

Dalam responsnya, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, akur bahawa teknologi berupaya memperbaiki keselamatan di jalan raya Singapura.

Tetapi beliau menambah: “Teknologi hanya mampu dilaksana secara berkesan selepas pertimbangan menyeluruh mengenai faktor lain, seperti reka bentuk jalan raya dan sikap pengguna, serta penglibatan meluas pihak industri.

“Bagi setiap perubahan, banyak faktor perlu disemak, termasuk kesediaan pengguna jalan raya menyesuaikan diri dengan teknologi, teknologi baru yang boleh dipercayai, keberkesanan kos teknologi tersebut, serta kesan sikap pengguna jalan raya hasil pendakapan teknologi baru.

“Pertimbangan ini meliputi teknologi keselamatan bagi semua jenis kenderaan, termasuk motosikal.”

Mengenai sikap pengguna, Dr Khor berkata sasaran memperbaiki keselamatan di jalan raya tidak akan lengkap tanpa ‘sofwe’, iaitu sikap pengguna jalan raya.

Beliau berkata untuk mencapai tahap jalan raya lebih selamat, “kita perlu sikap berbaik budi dalam kalangan semua pengguna jalan raya – termasuk pemandu, penunggang basikal dan motosikal dan pejalan kaki”.

Dr Khor turut menekankan akan pentingnya peraturan dan penguatkuasaan jalan raya yang perlu dipatuhi pengguna jalan raya.

“Penguatkuasaan dijalankan menerusi kerahan sumber dan penggunaan teknologi.

“Selain kerahan pegawai untuk menjalankan penguatkuasaan harian dan tersasar, Polis Trafik mendukung teknologi baru sebagai menambah kepada usaha penguatkuasaannya,” tambah beliau, sambil menghargai saranan Encik Murali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >