Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Naib Presiden China lawat S’pura

Nov 07, 2023 | 04:33 PM



Naib Presiden China, Encik Han Zheng, akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Singapura dari Selasa hingga Rabu.

Lawatan itu bagi menegaskan lagi hubungan substantif dan yang sudah lama terjalin antara Singapura dengan China, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa.

Pada April, hubungan antara kedua-dua negara telah dinaik taraf secara rasmi kepada “Perkongsian Berorientasikan Masa Depan Berkualiti Tinggi Secara Keseluruhan” - gambaran harapan kedua-dua pihak berkaitan hubungan mereka.

MFA berkata lawatan Encik Han akan memberi peluang kepada kedua-dua negara membincangkan cara meningkatkan kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan global.

Semasa lawatan itu, Encik Han, 69 tahun, akan bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana untuk jamuan tengah hari rasmi.

Encik Han juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Beliau juga akan berucap di Forum Ekonomi Baru Bloomberg pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >