Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nilai bersih isi rumah tumbuh pada suku kedua

Sep 06, 2023 | 04:54 PM



Nilai bersih isi rumah Singapura terus tumbuh dalam suku kedua 2023, di sebalik pasaran perumahan yang perlahan berdasarkan nilai aset kediaman.

Ia timbul berikutan hutang isi rumah terus menurun, dengan nilai gadai janji merosot di sebalik kadar faedah lebih tinggi pada masa ini.

Menurut data Jabatan Statistik Singapura (SingStat), nilai bersih isi rumah – aset tidak termasuk liabiliti – naik 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022 kepada $2.7 trilion pada akhir suku kedua 2023.

Ini mengatasi kenaikan 7.5 peratus pada suku kedua 2022.

Pada suku pertama 2023, angka yang dicatat adalah 8.2 peratus.

Aset keseluruhan, terdiri daripada aset kewangan dan aset hartanah kediaman, naik 7.6 peratus kepada $3 trilion pada suku kedua 2023 sepanjang tempoh tiga tahun, dan kadar ini hampir sama dengan kenaikan 7.2 peratus yang dicatat pada suku pertama.

Nilai aset keseluruhan terkesan dengan pertumbuhan nilai aset kediaman yang perlahan, yang meningkat 9.1 peratus berbanding tahun lalu kepada $1.3 trilion.

Sebelum itu, penyata kira-kira hartanah kediaman telah mencatat kenaikan dua angka – sekitar 11.7 peratus pada suku pertama 2023 dan 12.1 peratus pada suku kedua 2022.

Angka SingStat juga menandakan bahawa hartanah kediaman membentuk sekitar 43 peratus aset isi rumah sehingga akhir suku kedua.

Ini kurang sedikit berbanding suku sebelumnya yang membentuk 44.1 peratus aset isi rumah.

Baki aset isi rumah sekitar 56 peratus terdiri daripada aset kewangan, merangkumi deposit, saham dan insurans hayat.

Nilai aset kewangan membentuk $1.7 trilion sehingga akhir suku kedua 2023, dengan pertumbuhan hampir naik seganda kepada 6.6 peratus daripada suku sebelumnya yang naik 3.8 peratus.

Pemerhati industri berkata bahawa kenaikan itu disebabkan oleh dasar lebih rendah dalam suku-suku sebelum ini, dengan pasaran kini mengalami pembetulan. 

Seperti contoh pada suku kedua 2022, saham dan sekuriti merosot sebanyak 4 peratus kepada 5 peratus berbanding suku sebelumnya kepada $244.1 bilion.

Pada akhir suku kedua 2023, ia membentuk $270.1 bilion.

Pengerusi provos di Jabatan Hartanah Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Sing Tien Foo, menambah bahawa kenaikan itu – yang agak besar, berdasarkan asasnya yang lebih luas – mungkin berpunca daripada pasaran saham yang kukuh.

Nilai aset kediaman yang perlahan mencerminkan kemerosotan terkini dalam harga rumah privet, yang jatuh 0.2 peratus dalam suku kedua 2023 – penurunan pertama dalam tiga tahun.

Berbanding tahun lalu, harga rumah privet naik 7.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >