Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC gesa beri elaun bagi pekerja jalani latihan kemahiran

Seru lebih banyak usaha dilakukan untuk tangani hambatan ikuti latihan
Sep 21, 2023 | 06:37 PM



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menggesa majikan supaya menawarkan elaun kemahiran bagi pekerja yang menjalani latihan serta masa latihan terlindung bagi mengukuhkan ekosistem latihan. 

Kesatuan juga mengusulkan pemerintah menyediakan elaun latihan bagi pemerolehan kemahiran yang mendalam serta meluaskan subsidi bagi pekerja yang mahu mengejar diploma atau ijazah kedua. 

Itu adalah antara saranan utama yang dibentangkan oleh Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, semasa Simposium Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) NTUC, yang julung-julung kali dianjurkan oleh Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair pada Khamis. 

Saranan itu hasil maklum balas yang diterima dalam interaksi dengan masyarakat di bawah inisiatif #EveryWorkerMatters Conversations (EWMC). 

Menarik perhatian tentang bagaimana CTC mencerminkan kompak pekerja, Encik Ng berkata: “Dengan menginstitusikan latihan pekerja seiring dengan transformasi perniagaan melalui CTC, kami membolehkan majikan menikmati peningkatan produktiviti dan hasil perniagaan yang lebih baik, manakala pekerja mendapat manfaat daripada peningkatan gaji, kebajikan, dan prospek kerja dengan cara yang mampan.”

“NTUC juga berharap pemerintah akan menimbangkan untuk memberi insentif kepada pekerja kerana menjalankan latihan, seperti menyediakan elaun latihan untuk membantu menampung perbelanjaan sara hidup sedang mereka melakukan latihan bagi menimba kemahiran lebih mendalam.”

Dapatan EWMC menunjukkan pekerja bersetuju latihan adalah penting untuk membangunkan kemahiran, berkembang dalam kerjaya atau mendapat gaji lebih tinggi, menurut satu kenyataan NTUC. 

Tetapi terdapat jurang antara kesedaran mengenai manfaat latihan dan jumlah pekerja yang menyertai latihan – dengan jumlah yang menjalani latihan berkurangan mengikut usia bagi 12 bulan lalu. 

Antara empat hambatan utama bagi pekerja pertengahan kerjaya menyertai latihan ialah kekurangan sumber kewangan untuk memulakan latihan dan kurang faham tentang jenis latihan yang diperlukan agar kekal relevan. 

Justeru, lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk menangani hambatan ini.

Bagi majikan, kesatuan menyarankan elaun kemahiran ditawarkan kepada pekerja yang menjalani latihan NTUC bagi menggalak pekerja.

“Elaun kemahiran boleh dilihat sebagai mengiktiraf pekerja yang melaburkan masa dan usaha mengikuti latihan untuk membantu menutup jurang kemahiran mereka,” ujar NTUC. 

Ini sekali gus dapat menghasilkan prestasi kerja lebih baik, produktiviti dan kepuasan pekerjaan yang lebih tinggi. 

NTUC mengusulkan majikan memperkenal waktu latihan terlindung untuk pekerja yang menghadiri kursus latihan bagi pembelajaran dan pembangunan mereka, melebihi masa latihan yang diwajibkan syarikat.

Bagi pemerintah, NTUC mencadangkan agar disediakan elaun latihan yang membolehkan semua pekerja menjalani latihan kemahiran mendalam.

Elaun latihan boleh terikat dengan sebahagian peratusan gaji mereka, membantu menampung perbelanjaan dan mengurangkan kebimbangan kewangan semasa mereka mengikuti latihan jangka panjang.

Selain itu, pemerintah disarankan meluaskan subsidi bagi pekerja yang mahu memperolehi diploma atau ijazah kedua dengan meluaskan rangkaian kursus yang menerima subsidi di bawah SkillsFuture.

NTUC turut mengusulkan pemerintah menghulurkan sokongan pengangguran jangka pendek bagi pekerja yang tiada pekerjaan secara tidak sukarela.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >