Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PA sumbang $250,000 kepada Cabaran Presiden

Dana tumpu sokong pengasuh pesakit bagi 2023
Jul 02, 2023 | 06:20 PM



Persatuan Rakyat (PA) telah menyumbang $250,000 bagi menyokong Cabaran Presiden, yang menyasarkan memberi sokongan kepada pengasuh pesakit pada 2023. 

Pada Ahad, Presiden Halimah Yacob menerima cek sumbangan itu daripada PA di Kelab Masyarakat Hong Kah North, semasa satu acara yang dianjurkan untuk 50 pengasuh. 

Dalam satu kenyataan, PA berkata ia telah bekerjasama dengan rakan masyarakat untuk menyokong pengasuh dengan lebih baik.

Pengasuh yang menjaga orang yang mempunyai masalah kesihatan mental akan disokong dengan bantuan kukuh dalam masyarakat tempatan.

Antara lain, Rangkaian Integrasi Wanita (WIN), sebuah pertubuhan di bawah PA, telah bekerjasama dengan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan Caregivers Alliance Limited (CAL) untuk melancarkan Rangkaian Pengasuh WIN pada 2022 di enam tapak perintis.

Hong Kah North adalah salah satu daripadanya. 

“Rangkaian ini memudahkan sokongan rakan sebaya berasaskan masyarakat bagi pengasuh pesakit.

“Ia bertujuan menyediakan sokongan sosial dan emosi serta merapatkan jurang antara pengasuh dengan sumber dalam masyarakat,” kata PA. 

Sejak 2022, lebih 150 pengasuh pesakit telah menghadiri program latihan yang dianjurkan oleh CAL. PA berkata lebih 80 orang telah menyertai kumpulan sokongan itu.   

Di acara itu, Presiden Halimah dan Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) Hong Kah North, beramah-tamah bersama 50 pengasuh yang sedang mengambil bahagian dalam kegiatan anjuran kakitangan PA. 

PA berkata pengasuh pesakit di Hong Kah North yang menyertai rangkaian itu telah menjadi tenaga pengajar yang membantu menjalankan dan mentadbir program tersebut. 

Cabaran Presiden 2022 mengumpul jumlah rekod $16.9 juta – tertinggi sejak kempen tahunan itu dimulakan pada 2000. 

Dana itu menyokong 82 agensi perkhidmatan sosial, termasuk Khidmat Masyarakat Fei Yue dan Rumah Tumpangan Pertapis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >