Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan pilih pakej haji yang sesuai

Nov 28, 2023 | 06:00 AM



Memilih pakej haji yang tepat, yang ditawarkan oleh pelbagai ejen penjualan pakej haji (GSA) adalah langkah penting dalam perjalanan menunaikan rukun Islam kelima itu. Berikut adalah beberapa pertimbangan utama untuk membantu jemaah membuat pilihan yang bijak.

MEMAHAMI PERANAN GSA


GSA adalah entiti yang sah dan bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan haji, termasuk perjalanan, penginapan, dan sokongan logistik. Mereka menawarkan pelbagai pakej, yang direka untuk memenuhi keperluan dan bajet yang berbeza.

MENGENAL PASTI
KEPERLUAN INVIDIDU


Setiap jemaah memiliki keperluan unik yang harus menjadi panduan dalam pemilihan pakej. Faktor seperti batasan bajet, tahap keselesaan yang diinginkan, dan keperluan perkhidmatan tertentu harus dipertimbang. Contohnya, ada yang mungkin mengutamakan pakej dengan penginapan mewah, sementara yang lain mungkin mengutamakan kos yang berpatutan.

MEMBANDINGKAN PAKEJ
SECARA TELITI


Penting bagi jemaah membandingkan tawaran yang berbeza daripada GSA. Perbandingan ini tidak hanya harus fokus pada harga malah mutu perkhidmatan, seperti kedekatan penginapan ke tempat-tempat penting semasa menunaikan haji, pilihan makanan atau aturan pengangkutan.

MAKLUM BALAS JEMAAH YANG LALU


Jemaah disarankan agar mendapatkan maklum balas daripada rakan atau keluarga yang telah menunaikan haji sebelum ini. Selain itu, ulasan dalam talian dan forum dapat memberikan wawasan mengenai pengalaman orang lain dengan GSA tertentu.

MENGESAHKAN KELAYAKAN GSA


Sebelum menetapkan pilihan pada pakej, penting memastikan GSA yang dipilih diiktiraf dan diberi kuasa secara rasmi. Pengesahan ini dapat mengelakkan penipuan dan memastikan perjalanan haji yang selamat dan terjamin.

Memilih pakej haji yang tepat adalah aspek penting dalam persiapan ibadah haji. Dengan mempertimbang keperluan peribadi dengan teliti, membandingkan pilihan secara cermat, dan mengesahkan kelayakan GSA, jemaah dapat meningkatkan pengalaman rohani ke Makkah.

LIHAT JADUAL HAJI


Ibadah haji bermula beberapa hari sebelum hari wukuf pada 9 Zulhijah. Ia kemudian diikuti dengan hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Semua jemaah Singapura akan tiba sebelum 9 Zulhijah, namun tarikh ketibaan mereka berbeza mengikut jadual pesawat. Mereka kemudian akan pulang ke tanah air beberapa hari selepas hari tasyrik, bergantung pada tempoh pakej masing-masing.

TEMPOH HAJI

Secara umum, pakej haji dibahagikan kepada tiga tempoh utama – pendek, pertengahan dan panjang.
Jemaah dinasihatkan agar memilih pakej mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Harus diingatkan bahawa harga pakej haji tidak bergantung pada tempoh haji. Misalnya, pakej paling pendek tidak semestinya pakej yang paling murah.


PENGINAPAN – SHISHA ATAU MAKKAH?


(a) Shisha


Secara purata, sekitar 95 peratus jemaah Singapura akan menginap di apartmen di Shisha (di pinggir kota Makkah kira-kira 3 kilometer dari Masjidil Haram) setibanya mereka di Tanah Suci dari Singapura atau dari kota Madinah. Apartmen tersebut jauh lebih murah berbanding penginapan hotel di Makkah yang lazimnya menaikkan harga yang tinggi semasa musim haji.

Kedudukan Shisha yang berdekatan dengan Mina menjadikannya tempat yang sesuai bagi jemaah memulakan pelaksanaan mabit, atau bermalam, dan melontar jamrah di Mina.


Namun, bagi jemaah yang menetap di Shisha, mereka perlu menaiki kenderaan untuk ke Masjidil Haram bagi melaksanakan ibadah tawaf dan sai. Jemaah dinasihatkan agar bertanya GSA tentang bagaimana melakukan perjalanan di antara apartmen dengan Masjidil Haram. Perjalanan ini mungkin menggunakan perbelanjaan jemaah sendiri.

(b) Makkah


Bagi jemaah Singapura yang memilih untuk menetap di Makkah, terdapat pelbagai hotel berhampiran Masjidil Haram. Pada musim haji, penginapan dijangka lebih mahal di sini berbanding di Shisha.

(c) Madinah


Bergantung pada jadual haji dan keperluan jemaah, tempoh di Madinah yang ditawarkan pakej-pakej ialah antara dua hingga 10 hari. Secara umum, jemaah Singapura menetap di hotel-hotel di sekitar Masjid Nabawi.

(d) Arafah / Muzdalifah / Mina


Segala perancangan dan urusan bagi penginapan jemaah sewaktu Masyair (di Arafah, Muzdalifah, dan Mina) akan dilakukan pihak Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Jemaah diingatkan bahawa GSA tidak dibenarkan membuat sebarang perjanjian bagi mengatur penginapan semasa Masyair tanpa kebenaran Muis.

PERBELANJAAN MAKAN MINUM


Secara umum, semua perbelanjaan makan dan minum termasuk dalam pakej haji.

APAKAH PILIHAN SYARIKAT PENERBANGAN BAGI JEMAAH SINGAPURA?


Terdapat dua syarikat penerbangan yang ditawarkan dalam pakej haji, iaitu syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia, dan syarikat penerbangan tambang murah Singapura, Scoot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >