Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panel penilai baru bagi Anugerah Jauhari 2023

Nov 01, 2023 | 06:44 PM



Panel penilai baru telah dibentuk bagi memilih penerima Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini, diterajui bersama Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar dan mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) yang juga Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed.


Tiga penilai lain ialah; mantan Anggota Parlimen (AP) yang juga Profesor Madya Kelompok Perniagaan, Perhubungan dan Rekaan di Institut Teknologi Singapura (SIT) merangkap Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Masyarakat dan Inovasi Sosial SIT, Dr Intan Azura Mokhtar; Zamil Kanan yang juga Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat; serta Pengerusi Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kembangan-Chai Chee yang juga Anggota Lembaga Institut Timur Tengah, Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Fazlur Rahman Kamsani.

Panel penilai sebelum ini dibentuk mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, mantan Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Dr Abdul Razakjr Omar; serta bekas pemenang Anugerah Jauhari, Encik Suhaimi Rafdi.


Tahun ini merupakan tahun ke-25 Anugerah Jauhari disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat.

Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini turut disokong oleh NTUC FairPrice sebagai penaja utama.


Menekankan pentingnya anugerah tersebut, Encik Nazry berkata:

“Anugerah ini kini menjadi antara simbol penting kemajuan masyarakat Melayu/Islam di Singapura dan sumber inspirasi bagi mencetus semangat kecemerlangan dalam kalangan masyarakat, terutama golongan muda.

“Lebih ramai penerima Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan kini datang daripada latar belakang berbeza. Ini satu trend yang baik. Ia mencerminkan bakat masyarakat kita semakin berkembang dan membuktikan kesediaan anggota masyarakat untuk meneroka bidang baru dan meluaskan potensi masing-masing.”

Menyampaikan penghargaannya kepada panel penilai sebelum itu, Encik Nazry berkata:

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan penilai lama khususnya, Encik Saat, Encik Abdullah, Dr Abdul Razakjr, dan Encik Suhaimi, atas sumbangan mereka selama hampir 10 tahun kepada Anugerah Jauhari.

“Saya menghargai dedikasi dan sumbangan mereka yang berharga serta buah fikiran mereka untuk menjadikan anugerah ini suatu yang bermakna bagi masyarakat kita di sini.”

Bertemakan ‘Merintis Haluan Baru’, penerima Anugerah Jauhari sebelum ini datang daripada pelbagai bidang, termasuk perbankan, keusahawanan, bantuan kemanusiaan, fesyen, sukan dan budaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >