Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siapakah penerima Anugerah Jauhari ke-25?

Nov 01, 2023 | 06:19 PM



Berdaya tahan, komited dan berkeyakinan diri.

Demikianlah antara nilai-nilai yang dimiliki individu yang bakal dinamakan sebagai Jauhari masyarakat Melayu/Islam tahun ini.

Di samping komitmen yang jelas terserlah dalam bidang kerjaya, beliau juga tidak lupa menyumbang tenaga memperkukuh masyarakat Melayu/Islam di sini.

Seorang yang mencetus inspirasi dengan pencapaiannya, bukan hanya dalam negara malah di peringkat serantau, gerangan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian itu bakal diumumkan dalam satu majlis di Hotel Four Seasons pada Jumaat.


Disampaikan buat tahun ke-25, penerima Anugerah Jauhari kali ini akan menerima anugerah daripada tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini turut disokong oleh NTUC FairPrice sebagai penaja utama.


Anugerah Jauhari mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu Melayu/Islam setempat.

Ia juga sebagai memberi penghormatan kepada individu Melayu/Islam yang cemerlang, tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tokoh terpilih juga diakui telah meninggalkan kesan mendalam ke atas masyarakat melalui sumbangan dalam bidang yang diceburi.

Mengulas mengenai penerima anugerah itu tahun ini, Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar, berkata selain cemerlang dalam bidang kerjaya, beliau juga memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat menerusi kerja-kerja kemasyarakatan.


“Ini adalah satu pengorbanan yang besar ertinya dan wajar diiktiraf walaupun mereka melakukan ini semua atas dasar sukarela dan keinginan untuk menyalur bantuan dan mengongsi kepakaran, dan bukan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan.

“Semangat seperti ini wajar kita galakkan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan harmoni,” kata Encik Nazry.

Penerima anugerah tahun ini ditentukan oleh sebuah panel baru lima karyawan diterajui bersama Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar dan mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar) yang juga Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed.

Menurut Encik Zainul, salah satu nilai yang menyerlah dalam diri penerima Anugerah Jauhari tahun ini adalah daya tahannya untuk terus mengusahakan yang terbaik dalam apa juga yang dilakukan.

“Meskipun berasal dari keluarga yang sederhana, beliau bekerja keras untuk mempertingkat keupayaannya, dan beliau diiktiraf bukan sahaja di kalangan badan Melayu/Islam tetapi juga di peringkat serantau di tahap Asia-Pasifik,” kata Encik Zainul.

Tiga penilai lain ialah mantan Anggota Parlimen (AP) yang juga Profesor Madya Kelompok Perniagaan, Perhubungan dan Rekaan di Institut Teknologi Singapura (SIT) merangkap Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Masyarakat dan Inovasi Sosial SIT, Dr Intan Azura Mokhtar; Zamil Kanan yang juga Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, serta Pengerusi Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kembangan-Chai Chee yang juga Anggota Lembaga Institut Timur Tengah Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Fazlur Rahman Kamsani.

Sejak diperkenal pada 1999, Anugerah Jauhari menjulang tokoh daripada pelbagai bidang termasuk akademik, perubatan, perniagaan, seni, sukan, pergerakan buruh, aktivis sosial dan bantuan kemanusiaan.

Buat julung-julung kalinya pada 2014, ia juga telah disampaikan kepada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), menjadikannya pertubuhan pertama dan satu-satunya sejauh ini yang diberi anugerah berprestij itu.

Penerima Anugerah Jauhari tahun ini dipilih daripada senarai tokoh dan pertubuhan yang dicalonkan pembaca akhbar ini dan pemimpin masyarakat.

Berita Harian akan turut menyampaikan Anugerah Jauhari Harapan yang mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah.

Anugerah ini, yang diperkenal pada 2014, mencerminkan komitmen akhbar ini memberi dorongan kepada golongan muda yang berpotensi agar terus mengejar impian.

Penerima Jauhari Harapan juga dipilih daripada pencalonan umum dan pemimpin masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >