Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasar Bukit Timah ditutup separuh kedua 2024

Nov 10, 2023 | 03:27 PM



Pasar dan Pusat Makanan Bukit Timah dijangka ditutup pada separuh kedua 2024 untuk memberi laluan kepada satu pembangun bersepadu dan dijangka siap pada penghujung 2029.

Lebih 90 – atau lebih kurang separuh – gerai dan penjaja pasar itu akan berpindah ke tapak sementara 100 unit di Jalan Seh Chuan.

Persatuan Rakyat (PA) memberitahu The Straits Times (ST) baru-baru ini bahawa pembangunan yang disebut dalam Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar 2019, akan merangkumi kelab masyarakat, pasar, pusat penjaja, sukan dalam dewan untuk sekolah rendah berhampiran dan kemudahan lain.


Pembangunan tersebut, kira-kira 29,000 meter persegi, akan menampilkan 87 gerai pasar dan 82 gerai penjaja, lebih kurang sama dengan bilangan gerai pasar dan penjaja sedia ada.

Encik Loh Chao Kiat, pengerusi pusat penjaja sementara dan jawatankuasa projek pasar, memberitahu ST bahawa penjaja diberi masa sehingga pertengahan 2022 untuk memutuskan sama ada mereka mahu berpindah ke tapak sementara.

Bagaimanapun, kelewatan tarikh penyiapan pembangunan bersepadu telah dimaklumkan kepada penggerai pada 13 Mac dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Bukit Timah.

Disebabkan itu, penggerai boleh terus beroperasi di pasaran sedia ada sehingga separuh kedua 2024.

Jurucakap PA menyatakan lebih banyak masa diperlukan memuktamadkan proses reka kerana spesifikasi seperti keperluan ruang perlu disemak berdasarkan pandemik Covid-19.

Kelewatan itu diburukkan lagi dengan “keadaan tapak dan kerumitan teknikal,” jelas PA.

Wakil penjaja telah menugaskan iSG Marketplace, sebuah pengendali swasta, untuk membina dan menguruskan tapak tersebut.

Kemudahan itu dibangunkan mengikut model bina ikut pajak, dengan sewa yang dibayar penjaja kepada pengendali selepas berpindah akan menampung kos pembangunan tempat tersebut.

Pengendali berkenaan telah pun memulakan kerja bagi kemudahan sementara, dan peniaga gerai bimbang bahawa perpindahan yang tertangguh lebih setahun boleh mengakibatkan pengendali tidak menerima sewa tepat pada masanya, lantas boleh menjejas keupayaannya untuk meneruskan projek itu sehingga ia selesai.

 Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang menguruskan pasar dan pusat penjaja Singapura, berkata pegerai diberi notis awal mengenai penutupan sebuah pusat supaya mereka boleh membuat perancangan sementara, sama ada untuk berehat atau beroperasi sementara di pusat lain.

PA dan agensi pemerintah juga merancang menambah dua tingkat kepada kemudahan sementara itu, dengan “tingkat dua dan tiga menempatkan kemudahan sektor awam”, yang akan menjadikan projek itu kukuh dari segi kewangan.

Butiran tentang tambahan kemudahan di tingkat dua dan tiga pasar sementara Bukit Timah akan diumumkan pada masa akan datang.

Sementara itu, penggerai memberitahu ST mereka menjangka kadar sewa di pasar sementara akan menjadi lebih tinggi.

Seorang penjual ikan, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Cheong, 54 tahun, berkata beliau membayar sewa bulanan kira-kira $300 untuk gerainya dan perlu mengeluarkan kira-kira tiga kali jumlah itu di tapak sementara, tetapi menerimanya kerana tiada pilihan kerja lain.

Beberapa penjaja, seperti Cik Jade Yeo, yang telah menjual ‘yong tau foo’ selama lebih 20 tahun, memutuskan tidak akan berpindah ke tempat sementara kerana soal seperti “tempat letak kereta terhad” akan menjejas kunjungan pelanggan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >