Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai polis Aetos koma dilanggar kereta; pemandu ditangkap

Jul 24, 2023 | 07:32 PM



Seorang pegawai polis auksiliari Aetos kini dalam koma selepas jatuh dari motosikalnya yang dilanggar sebuah kereta di Yishun pada Ahad.

Encik Muhammad Azrian, 27 tahun, sedang menunggang untuk pergi memancing bersama bapa mentuanya apabila kemalangan itu berlaku, menurut isteri beliau, Cik Nur Afifah Ibrahim.

Keluarga itu tinggal serumah tetapi Encik Muhammad dan bapa mentuanya keluar menaiki kenderaan berasingan.

Cik Nur Afifah Ibrahim, 27 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times beliau terkejut menerima berita kemalangan itu kerana ia berlaku tidak lama selepas mereka keluar rumah.


Suri rumah itu mula menerima notis pemberitahuan tentang kemalangan itu melalui telefon bimbit memandangkan namanya tertera dalam telefon bimbit suaminya sebagai orang yang boleh dihubungi pada waktu kecemasan.

Panggilan kedua menyusul daripada bapanya sendiri, yang menyaksikan kemalangan itu.

“Saya benar-benar berharap suami saya sedar. Dia pencari nafkah utama keluarga kami dan kami sangat memerlukannya,” kata Cik Afifah, ibu dua anak perempuan berusia 16 bulan dan enam bulan.

Encik Muhammad dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kemalangan itu berlaku berdekatan simpang Yishun Avenue 1 dan Yishun Street 81 pada 9.35 pagi, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis.

Seorang pemandu lelaki berumur 59 tahun ditangkap atas kesalahan memandu dengan cuai dan menyebabkan kecederaan teruk.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook SG Road Vigilante, sebuah kereta putih dilihat berada belakang sebuah motosikal. Kereta itu dilihat melanggar motosikal tersebut apabila ia menyusur ke kiri.

Satu lagi motosikal yang Cik Afifah kenal pasti ditunggangi bapanya turut ada dalam video itu dan penunggangnya dilihat bergegas untuk membantu Encik Muhammad yang terbaring di jalan raya.

Menurut Cik Afifah, Encik Muhammad sedang menerima rawatan di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan telah menjalani dua pembedahan kecemasan – satu untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian kiri otaknya dan satu lagi pembedahan bagi darah beku di bahagian kanan.

“Doktor memberitahu bahawa kami harus bersedia bgi perkara paling buruk tapi dia menunjukkan perkembangan yang baik selepas pembedahan kedua.

“Doktor tidak memberi sebarang jangkaan masa bila dia akan sedar tetapi jika dia sedar, ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

“Keperluan harian anak-anak dan bil perubatan suami saya adalah keutamaan saya sekarang,” kata Cik Afifah.

Menurut beliau lagi, Encik Muhammad juga mengalami pendarahan teruk pada bahagian mata, hidung dan mulutnya.

Seorang jurucakap Aetos berkata: “Kami sangat bersimpati mendengar tentang kemalangan yang melibatkan pekerja mereka, Muhammad Azrian.

“Kemalangan itu berlaku semasa Encik Muhammad tidak bertugas. Kami telah menghubungi keluarga Encik Muhammad untuk memberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya dan akan terus berhubungan untuk mendapatkan khabar tentang keadaanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >