Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF didakwa atas kematian anggota NS dalam kebakaran Henderson Road

Oct 16, 2023 | 06:16 PM



Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikatakan meninggalkan seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) untuk memadamkan api sendirian didakwa di mahkamah pada Isnin.

Anggota NSF itu, mendiang Sarjan 1 Edward H. Go, mengalami sesak nafas dan meninggal dunia kemudiannya.

Pegawai itu, Muhammad Kamil Mohamed Yasin, 38 tahun, dikenakan satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk melalui satu tindakan terburu-buru yang membahayakan nyawa dan keselamatan peribadi orang lain.

Kamil didakwa meninggalkan sebuah unit di tingkat empat Blok 91 Henderson Road pada 8 Disember 2022, lantas meninggalkan Sarjan 1 Go sendirian di dalam flat yang sedang terbakar itu tanpa memberitahu sesiapa tentang perkara itu.

Sarjan 1 Go, 19 tahun, merupakan pegawai bomba pertama meninggal dunia semasa operasi memadam api SCDF.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Pasukan Polis Singapura berkata Kamil melanggar prosedur standard selepas dia dikatakan meninggalkan Sarjan 1 Go sendirian di dalam flat tersebut untuk memadamkan api tanpa memberitahu sesiapa.

Pemeriksaan autopsi mengesahkan Sarjan 1 Go meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tangki oksigen kehabisan.

Polis berkata siasatan tidak mendapati sebarang bukti yang menyarankan kematian Sarjan 1 Goh disebabkan kerosakan peralatan.

Di mahkamah pada Isnin, peguam bela Kamil, Encik Ashwin Ganapathy, berkata beliau mahu mewawancara seorang lagi pegawai yang terlibat dalam kes itu.

Hakim Daerah, Cik Lorraine Ho, berkata walaupun peguam bela itu tidak dibenarkan menghubungi saksi pendakwaan, beliau boleh menulis untuk meminta izin bercakap bersama pegawai tersebut.

Sidang prabicaraan bagi kes Kamil ditetapkan pada 17 November.

Jika didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara hingga empat tahun, denda hingga $10,000 atau kedua-dua hujkuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >