Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja platform boleh dapat mandat bentuk perwakilan perjuang kebajikan

Jul 12, 2023 | 02:10 PM



Pekerja platform boleh mendapatkan mandat sah secara kolektif untuk menjadi badan perwakilan, dan berunding dengan pengendali platform mengenai pelbagai keprihatinan – daripada huraian pertikaian hingga ke isu bayaran.

Badan perwakilan itu boleh ditubuhkan menerusi proses yang digariskan dalam saranan oleh kumpulan kerja tiga pihak bagi perwakilan pekerja platform yang didedahkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu.

Saranan itu telah diterima pemerintah.

Kini, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) – penasihat Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Pejuang Pengiriman Nasional (NDCA) – merupakan suara pekerja platform untuk memperjuangkan pendapatan, kebajikan dan prospek kerja lebih baik bersama pengendali platform berdasarkan maklum balas pekerja.

Pekerja platform ialah pekerja sendiri yang menyediakan khidmat berbayar dengan platform padanan dalam talian, seperti pekerja hantaran sambilan.

Tiada proses untuk menentukan sama ada sebuah badan perwakilan mempunyai mandat untuk menjadi suara bagi pekerja platform, lantas merupakan halangan untuk melanjutkan hubungan antara persatuan dengan pengendali platform melebihi dialog tidak rasmi.

Justeru di bawah rangka kerja yang disarankan, badan perwakilan boleh mendapatkan mandat menerusi pengiktirafan langsung oleh pengendali platform atau undi rahsia.

Semua pekerja platform boleh mengundi dalam undi rahsia itu, kecuali mereka yang baru tiga bulan mendaftar di platform tersebut atau tidak aktif menerima pekerjaan di platform itu selama tiga bulan.

Undian akan dijalankan MOM secara elektronik, dan badan perwakilan akan mendapat mandat apabila meraih sokongan majoriti daripada pekerja platform yang mengundi.

Untuk undian menjadi sah, sekurang-kurangnya 20 peratus pekerja platform yang layak mengundi, perlu mengundi.

Selain itu, persatuan dan pengendali platform buat masa ini lazimnya berbincang mengenai pelbagai isu untuk menghuraikan rungutan pekerja tetapi tiada proses untuk merasmikan perjanjian yang dirunding, dan untuk mempertanggungjawab pihak terlibat kepada perjanjian mereka.

Di bawah saranan yang dikemukakan, badan perwakilan dan pengendali platform diberi fleksibiliti menentukan ruang perundingan. Contohnya, syarat kerja dan terma kontrak boleh dirunding asalkan kedua-dua pihak setuju.

Perundingan juga akan berpandukan set prinsip yang dipersetujui kumpulan kerja tiga pihak, antaranya memastikan semua pihak komited kepada kejayaan perniagaan pengendali platform serta kebajikan pekerja.

Perjanjian kolektif perlu disahkan di Mahkamah Timbang Tara Perusahaan (IAC).

Pertikaian kolektif yang tidak dapat diselesaikan boleh dikemukakan kepada MOM untuk diselesaikan, dan jika persetujuan tidak dapat dicapai, ia dibawa kepada IAC untuk timbang tara.

Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, pada Rabu berkata pemerintah telah menerima kesemua saranan itu dan menjangka melaksanakannya mulai separuh kedua 2024.

Beliau yang juga penasihat kumpulan kerja tiga pihak sektor pekerjaan platform agak rumit memandangkan syarikat berbeza mempunyai model operasi berlainan dan pekerja platform juga mempunyai keinginan berlainan.

“Isu kompleks ini melibatkan menyesuaikan rangka kerja yang telah berhasil dengan baik bagi pekerja dalam landskap pekerjaan iaitu mereka yang dalam pekerjaan sepenuh masa sebagai pekerja,” ujarnya.

Justeru, model tersebut disesuaikan bagi jenis model pekerjaan terkini dalam sektor baru di mana hubungan antara pengendali platform dengan pekerja platform agak berbeza jika dibandingkan dengan majikan dan pekerja, tambahnya.

Dengan kerjasama lebih kukuh antara pelbagai pihak ini, Dr Koh berharap ini adalah baik bagi perkembangan mampan bidang platform, dalam mencapai hubungan seimbang antara pengendali dengan pekerja.

Memberi perkembangan terkini perlindungan pekerja platform dari sudut lain, Dr Koh berkata mereka sedang berusaha menetapkan kelayakan bagi pampasan kecederaan, supaya dapat memberi perlindungan menyeluruh sedang pekerja berdepan dengan risiko sewaktu bekerja.

Pampasan bagi kehilangan sumber pendapatan akibat kecederaan, juga katanya, akan berdasarkan pendapatan purata pekerja dalam 90 hari terakhir daripada kecederaan tersebut.

Mereka juga sedang mengusahakan mekanisme pengumpulan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang lancar, sambil mengambil kira ciri unik pekerjaan platform, tambahnya.

Butiran lanjut akan diumumkan kelak, kata Dr Koh.

LAPAN SARANAN KUMPULAN KERJA TIGA PIHAK TENTANG PERWAKILAN BAGI PEKERJA PLATFORM

  • Badan perwakilan pekerja platform boleh dapatkan mandat menerusi pengiktirafan langsung atau undi rahsia.
  • Semua pekerja platform boleh undi dalam undi rahsia kecuali mereka yang amat baru atau tidak aktif.
  • Undian akan dilakukan secara elektronik dan dijalankan MOM.
  • Badan perwakilan pekerja platform mendapatkan mandat apabila ia mempunyai sokongan majoriti daripada pekerja platform yang mengundi, tertakluk kepada korum 20% pekerja platform yang layak.
  • Badan perwakilan dan pengendali platform patut diberi fleksibiliti untuk menentukan ruang perundingan.
  • Perundingan akan berpandukan set prinsip yang dipersetujui kumpulan kerja tiga pihak.
  • Perjanjian kolektif perlu disahkan di IAC.
  • Pertikaian kolektif yang tidak diselesaikan boleh dikemukakan kepada MOM untuk perdamaian, dan jika perdamaian gagal, kepada IAC untuk timbang tara.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >