Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembeli bawa beg guna semula sendiri sedang bayaran beg plastik bermula

Jul 03, 2023 | 02:32 PM



Rantaian pasar raya besar mengenakan bayaran wajib sekurang-kurangnya lima sen bagi setiap beg plastik untuk mengurangkan penggunaan beg pakai buang mulai Isnin.

Pengendali pasar raya dengan perolehan tahunan peringkat syarikat melebihi $100 juta dikehendaki mengenakan bayaran tersebut kepada pembeli.

Peraturan ini dikuatkuasakan di sekitar 400 cawangan atau dua pertiga daripada semua cawangan pasar raya di Singapura, termasuk yang dikendalikan oleh FairPrice, Cold Storage, Giant, Sheng Siong dan Prime.

“Saya berharap pelaksanaan ini akan membuat orang ramai mempertimbangkan semula jumlah beg pakai buang yang diguna dan membawa beg guna semula,” kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, dalam satu lawatan ke pasar raya FairPrice Northpoint City pada Isnin.

Pasar raya tersebut mengenakan caj 5 sen untuk setiap beg pakai buang yang diguna.

“Caj ini merupakan satu langkah penting dalam mencipta Singapura yang lebih mesra alam.

“Saya ingin menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam usaha mengurangkan pembaziran dan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang,” tambah beliau.

Dalam satu tinjauan Berita Harian (BH) pada lawatan yang sama, ramai pembeli sudah maklum akan pelaksanaan tersebut dan membawa beg guna semula sendiri walaupun segelintir masih menggunakan beg plastik pakai buang.


“Kami juga menyediakan beg guna semula di pasar raya untuk pembeli sumbang atau guna sekiranya mereka lupa untuk membawa beg sendiri,” kata Ketua Pegawai Kemampanan Kumpulan FairPrice, Encik Chan Tee Seng.

FairPrice telah menyediakan rak beg di 33 cawangannya untuk menggalakkan pembeli mengguna semula beg guna semula sedia ada daripada membeli beg baru.

Menurut Encik Chan juga, kakitangan pasar raya FairPrice juga telah dilatih untuk menentukan jenis-jenis barang yang boleh dicampur dalam beg yang sama untuk memastikan kebersihan dan keselamatan terjaga.

“Saya rasa penting untuk orang ramai sedar bahawa kita perlu kurangkan pembaziran dan melindungi alam sekitar, terutama sekali dengan anak kecil. Bawalah beg guna semula yang boleh dilipat ke mana sahaja dan jadi teladan untuk anak-anak kita,” ujar seorang pembeli, Cik Sari Terimo, 59 tahun, yang merupakan bekas guru tadika.


Bagi Cik Sari, penjagaan alam sekitar adalah satu sikap penting yang perlu dipupuk dari peringkat usia muda dan amalan seperti mengguna beg guna semula menjadi satu kebiasaan.







Bagi Cik Rosnani Mohamed, 62 tahun, penggunaan beg guna semula memang sudah menjadi satu kebiasaan.

“Saya dan suami memang akan bawa beg guna semula ke mana sahaja, lebih-lebih lagi ke pasar raya. Sebagai seorang nenek, kami banyak singgah kedai-kedai dan saya tidak mahu bazir beg plastik,” jelas beliau yang mengunjungi pasar raya tiga hingga empat kali seminggu.

Walaupun peraturan ini dikenakan kepada pasar raya tertentu, kedai-kedai lain seperti 7-Eleven, Cheers, Guardian dan Uniqlo sudah pun mengenakan caj bagi beg pakai buang secara sendirian untuk mengurangkan penggunaan beg tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >