Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah tidak akan sentuh rizab

Sep 28, 2023 | 07:46 PM



Pemerintah tidak akan menyentuh rizab negara yang lepas atau membuat perubahan kepada formula Sumbangan Pulangan Pelaburan Bersih (NIRC) untuk membiayai perbelanjaan pemerintah menangani kesan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bercakap kepada media pada Khamis semasa pengumuman Pakej Bantuan Kos Sara Hidup berjumlah $1.1 bilion, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengulangi jaminan pemerintah untuk memastikan kedudukan fiskal negara kekal kukuh dan mampan.

“Kami tidak akan menggunakan rizab negara yang lepas. Kami mempunyai pembiayaan yang mencukupi setakat ini untuk memenuhi perbelanjaan tetapi pada Belanjawan tahun depan, kami akan membentangkan Rang Undang-undang Tambahan jika ada keperluan untuk menggunakan lebih banyak wang,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

Ketika ditanya Berita Harian sama ada pemerintah bimbang tentang kemampanan sumber pendapatan semasa memandangkan lebih banyak sokongan luar Belanjawan telah diagihkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Encik Wong berkata ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku sejak beberapa tahun ini.


“Sebab itulah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sangat penting dan itulah sebabnya kami akan terus melihat sumber pendapatan untuk memastikan kedudukan fiskal kami kukuh dan mampan.

“Buat masa ini, saya rasa kami okay tetapi itu tidak bermakna kami akan berhenti mencari sumber pendapatan baru. Kami akan terus berbuat demikian dan terdapat pelbagai pilihan yang akan kami terokai.


“Kami bersedia untuk membelanjakan lebih banyak untuk menangani semua keperluan sosial dan penjagaan kesihatan penduduk yang semakin tua, termasuk golongan rentan dan kurang bernasib baik,” kata Encik Wong.

Encik Wong juga menekankan pemerintah tidak akan membuat sebarang perubahan kepada formula NIRC kerana ia merupakan sistem yang adil mengenai penggunaan rizab masa lalu untuk generasi semasa dan pada masa hadapan.

“Saya rasa kita tidak perlu menyentuhnya. Tetapi jika kita memerlukan lebih banyak wang, kita akan teroka hasil tambahan daripada sumber pendapatan yang lain, seperti kekayaan dan lain-lain lagi.

“Kita perlu memastikan terdapat hasil yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Dan yang penting, dalam keseluruhan sistem fiskal, seperti cukai dan pemindahan, bantuan yang diberikan oleh pemerintah mestilah adil, saksama dan progresif. Itulah prinsip yang sudah lama kita pegang, dan akan terus pegang selamanya,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >