Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S’pura kirim takziah, sanjung sumbangan Kissinger

Dec 01, 2023 | 03:55 PM



Para pemimpin Singapura mengirimkan ucapan takziah kepada keluarga mantan diplomat Amerika Syarikat, Dr Henry Kissinger, yang meninggal dunia pada 29 November. 

Dr Kissinger telah menjalani “kehidupan penuh keyakinan” dan seorang yang luar biasa kerana beliau terus terlibat secara aktif dalam hal ehwal Amerika dan global sebelum pemergiannya, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Dalam catatan Facebook pada Khamis, Encik Tharman turut berkongsi tentang hubungan kukuh mendiang Dr Kissinger dengan Singapura. 

Beliau dan mantan Menteri Pengasas, mendiang Lee Kuan Yew, telah membina rasa hormat yang mendalam antara satu sama lain, bermula dari akhir 1960-an.

Dalam buku terbaru Dr Kissinger, yang diterbitkan pada 2022, beliau menganggap Encik Lee sebagai salah seorang dalam senarai enam pemimpin yang luar biasa.

“Kissinger menamatkan kajiannya dengan menukil apa yang telah diperkatan Encik Lee sendiri sekitar 40 tahun lalu – pemimpin harus mempunyai kesedaran realiti terhadap sebarang kemungkinan, tetapi tidak boleh hanya jadi realistik. Seperti yang dikatakan Encik Lee, “Anda mesti boleh melambung di atas realiti dan berkata ‘ini juga mungkin”.

“Kissinger pastinya tepat, bahawa ia adalah sifat yang membezakan pemimpin yang paling luar biasa,” tulis Encik Tharman.

Mendiang Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Connecticut, menurut satu kenyataan daripada firma perunding geopolitiknya, Kissinger Associates Inc.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam suratnya kepada isteri mendiang, Cik Nancy Kissinger, berkata legasi Dr Kissinger “akan kekal bersama kami untuk masa yang lama”.

Mendiang yakin bahawa Amerika mempunyai tanggungjawab penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan global, dan terlibat secara mendalam dalam usaha mewujudkan semula hubungan Amerika-China pada 1972, tulis Encik Lee.

Beliau menambah, mendiang Dr Kissinger juga berjaya memastikan “pengunduran teratur Amerika daripada Perang Vietnam”.

“Walaupun beliau dikritik hebat kerana tindakannya, strateginya membeli masa yang berharga bagi negara bukan Komunis di Asia Tenggara.

“Kami dapat membina kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan kami dan menyusun diri kami ke dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean),” kata Encik Lee lagi.

Sementara itu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dalam suratnya, turut meluahkan perasaan sedih atas pemergian mendiang.

Beliau berkata Dr Kissinger merupakan seorang “gergasi intelektual yang menyaksikan usaha diplomatiknya yang gigih telah membantu membentuk semula dunia”.

Beliau menambah, Dr Kissinger adalah rakan lama dan penyokong setia Singapura selama beberapa dekad, yang beputik daripada persahabatannya dengan Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee.

“Singapura telah mendapat manfaat daripada keyakinan Dr Kissinger tentang keperluan untuk kehadiran Amerika yang kukuh di Asia Tenggara, yang membantu dalam kestabilan dan kemakmuran bagi rantau ini,” tulis beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >