Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penerima biasiswa ikut jejak bapa minati bidang kejuruteraan

Aug 02, 2023 | 12:45 PM



Membesar bersama ayah yang merupakan seorang jurutera menjadi antara sebab mengapa Mohamed Shahul Hameed Niyaz, 17 tahun, mempunyai minat dalam bidang yang sama.

Niyaz, pelajar tahun kelima di Raffles Institution, adalah penerima biasiswa Program Kejuruteraan dan Teknologi (ETPS) yang diberi Kementerian Pendidikan (MOE).

Biasiswa itu memberi peluang kepada penerimanya menimba ilmu dan mengasah kemahiran mereka dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

“Saya dapat tahu tentang biasiswa ini melalui sekolah. Apabila dibandingkan dengan biasiswa yang lain, saya dapati ETPS lebih sesuai dengan minat saya dalam bidang kejuruteraan,” kata Niyaz, anak sulung tiga beradik.

“Bapa saya merupakan seorang jurutera mekanikal dan cintanya kepada kerjayanya mendorong saya untuk mendalami bidang yang sama.

“Sejak dalam tahun pertama di Raffles Institution, saya sudah mula mendedahkan diri kepada kejuruteraan sofwe. Saya juga memasuki program elektif komputer yang ditawarkan – mempelajari sains komputer, pembangunan laman web dan juga kecerdasan buatan (AI),” kata beliau.

Menurutnya, Raffles Institution juga menyediakan banyak peluang kepada beliau menceburi bidang kejuruteraan.

“Saya rasa bahawa pendidikan maktab rendah adalah masa yang sesuai untuk seseorang menimba ilmu sambil mendalami bidang yang diminati kerana pelbagai jenis peluang diberi kepada kami melalui program atau kurikulum yang disediakan,” katanya.

Semasa di tahun kedua di Raffles Institution pada 2019, beliau menggunakan pengetahuannya untuk menciptakan prototaip bagi satu aplikasi menggunakan sofwe Dart dan Flutter. Aplikasi itu membantu orang cacat penglihatan turun dari bas dengan mudah dan tepat waktu.

“Setiap pagi semasa ke sekolah, saya berjumpa dengan seorang lelaki buta dalam bas. Setiap kali beliau ingin turun dari bas, beliau akan meminta pertolongan orang di sekelilingnya. Dari situlah idea untuk mencipta aplikasi yang dapat membantu lancarkan perjalanan golongan yang memerlukan ini tercetus.

“Melalui pengalaman ini juga saya dapat lihat impak kejuruteraan kepada masyarakat dan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan,” kata Niyaz.

Minat dan kerja kerasnya berhasil dengan penganugerahan biasiswa itu.

“Saya sangat bangga dan bersyukur Kementerian Pendidikan (MOE) memberi saya peluang ini. Ini cara yang baik untuk saya mengasah kemahiran dan berjumpa dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama,” ujarnya.

Perjalanan beliau untuk ke tahap ini bukan mudah. Terdapat cabaran yang perlu ditempuhi untuk mengimbangi kehidupan sekolah dan minatnya dalam kejuruteraan.

“Saya percaya ia sangat penting untuk “work hard, play hard”. Keseimbangan ini sangat penting. Saya akan duduk untuk habiskan kerja secepat mungkin dan apabila ia masa untuk berehat, saya tidak fikir perkara lain. Hanya berehat sahaja.

“Saya juga gemar berjalan dan mendaki. Jika ada masa, saya akan mendaki untuk mengurangkan tekanan. Jika masih lagi berasa tertekan, saya akan berbual dengan ahli keluarga ataupun kaunselor di Pusat Bimbingan Raffles,” katanya apabila ditanya tentang cara beliau mengurangkan stres.

Niyaz berkongsi bahawa dalam situasi yang susah atau mencabar, pasti ada jalan keluar.

Ramai yang mungkin ambil jalan mudah untuk keluar dari situasi yang mencabar.

Namun, untuk berjaya dan menceburi bidang yang diminati, Niyaz berkata bahawa adalah penting berusaha sedaya upaya menempuh cabaran itu.

“Ini yang saya pelajari daripada ayah dan ibu saya yang mendorong saya untuk mengimbangi komitmen saya sebaik mungkin dan tidak berputus asa,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >