Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pep Guardiola mahu dakwaan kewangan Liga Perdana ke atas Man City ditangani secepat mungkin

May 24, 2023 | 12:06 PM



LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata beliau ingin semua 115 dakwaan kewangan Liga Perdana terhadap kelab tersebut ditangani seawal mungkin.

Pada Februari, City didakwa melanggar peraturan kewangan liga dari 2009 hingga 2018.

Mereka juga dituduh tidak bekerjasama dalam siasatan yang bermula pada Disember 2018.

City telah menafikan sebarang salah laku berkaitan perihal kewangan dan berkata bahawa mereka tidak bersalah dan mempunyai bukti kukuh yang tidak boleh dinafikan dan mereka teruja menantikan hal itu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Satu larangan selama dua tahun daripada pertandingan Eropah kerana melanggar peraturan Permainan Adil dari segi Kewangan (FFP) telah diubah oleh Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) pada 2020, namun City didenda 10 juta Euro ($14.5 juta) kerana menghalang siasatan.

Sebelum ini City menyatakan yang mereka gembira mematuhi proses Liga Perdana, namun hanya mendiamkan diri berkaitan laporan media terkini yang menyatakan mereka mencabar perundangan terhadap dakwaan tersebut.

Mereka juga menolak pelantikan Murray Rosen KC sebagai orang yang dilantik selaku pengerusi suruhanjaya berdikari yang akan mendengar perbicaraan tersebut memandangkan beliau pemegang tiket musiman Arsenal.

Bercakap sebelum perlawanan menentang Brighton pada Rabu, Guardiola, yang memimpin kelab itu kepada kejuaraan kelima Liga Perdana dalam enam musim dan ketiga secara berturut-turut, berkata:

“Apa yang saya inginkan adalah Liga Perdana dan para hakim boleh selesaikannya seawal mungkin.

“Dan sekiranya kami lakukan kesalahan, semua orang tahu dan, sekiranya kami telah lakukan perkara yang betul sebagai sebuah kelab, maka orang ramai akan henti membincangkannya.

“Saya harap mereka tidak begitu sibuk dan para hakim boleh lihat dari semua sudut dan uruskan apa yang terbaik, kerana akhirnya saya tahu yang kami menang secara adil di padang dan kami tidak akan nafikannya,” kata beliau.







Beliau menambah:

“Marilah kita cuba selesaikannya secepat mungkin, usah tunggu sehingga dua tahun.

“Dalam tempoh 24 jam, mari berbual dengan peguam. Marilah kita lakukannya secepat mungkin demi kebaikan semua.”

Para pegawai City tidak jangkakan bahawa Guardiola akan timbulkan tentang isu itu dalam sidang medianya pada Selasa dan skala masanya tidak mungkin dicapai berdasarkan kes yang dianggap kompleks itu.

Pasukan bimbingan Guardiola mampu menang tiga kejuaraan atau “treble”, dengan final Piala FA dan Liga Juara-juara semakin hampir pada Jun depan.

Dalam bola sepak England, hanya Manchester United yang telah meraih pencapaian “treble” pada musim 1998 hingga 1999.

Guardiola yang mempunyai kontrak dengan City sehingga 2025 berkata beliau tidak akan tinggalkan kelab itu sedang dakwaan masih belum diselesaikan.

“Saya akan kekal pada musim akan datang sedang masih ada 110 kesalahan yang dikenakan terhadap kami,” katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >