Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan masyarakat penting bagi sokongan kesihatan mental: Sun Xueling

Oct 09, 2023 | 07:51 PM



Walaupun pemerintah sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak sokongan kesihatan mental seperti menerusi talian bantuan, sumber dan perkhidmatan kaunseling, amat penting juga untuk meningkatkan infrastruktur kesihatan mental yang menyeluruh untuk memanfaatkan lebih ramai orang, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.

Beliau berkata demikian menerusi video di Sidang Puncak Global yang ketiga untuk Penyokong Kesihatan Mental dan Majlis Anugerah Kesihatan Mental Silver Ribbon yang diadakan pada Isnin di Kampus PSB Academy di Marina Square anjuran Silver Ribbon Singapore.

Merujuk kepada Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Kebangsaan yang dilancarkan pada Jumaat, beliau menekankan bahawa pemerintah sedang melihat beberapa inisiatif untuk menggalak kesihatan dan kesejahteraan mental, meningkatkan kecelikan kesihatan mental serta mengurangkan stigma terhadap orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.


“Satu inisiatif sedemikian ialah Kumpulan Kesejahteraan yang ditubuhkan oleh Rangkaian Kesejahteraan Mental SG. Kumpulan Kesejahteraan diterajui oleh sukarelawan dan bertujuan meningkatkan kesedaran dan melatih penyokong rakan sebaya dalam masyarakat setempat mereka.

“Dengan bekerjasama, kita benar-benar boleh mendidik, memperkasa dan melibatkan masyarakat untuk melengkapkan mereka dengan pengetahuan tentang cara menjaga kesihatan mental mereka serta menjaga orang di sekeliling mereka,” kata Cik Sun.

Menurut Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) yang dikeluarkan pada Rabu, lebih ramai orang Melayu mengalami masalah kesihatan mental berbanding kaum lain.


Ia turut mendedahkan orang Melayu kurang terbuka mendapatkan bantuan bagi menangani masalah itu daripada pakar, dan lebih rela meluahkan masalah kepada “rangkaian sokongan tidak formal” termasuk teman, rakan sekerja, saudara-mara, pemimpin agama dan guru di sekolah.

“Pendekatan menyeluruh ini menunjukkan pentingnya melibatkan dan bekerjasama dengan masyarakat. Ia juga menunjukkan pentingnya sumbangan rakan kongsi dalam usaha kita,” tambah Cik Sun.

Semasa acara itu, sebanyak 36 agensi telah diberi Anugerah Kesihatan Mental Silver Ribbon atas usaha mereka dalam menggalak kesihatan mental. Anugerah tersebut merangkumi tiga kategori iaitu Majikan, Sekolah dan kategori baru iaitu Masyarakat, Budaya dan Sukan.

Anggota Parlimen (AP) Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), yang juga salah seorang penasihat Sidang Puncak tersebut, menekankan pentingnya usaha kolektif ke arah penggalakan kesihatan mental.

“Inisiatif oleh penerima anugerah seperti Rangkaian Sukan Masyarakat, BIZLINK dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mencerminkan pentingnya penglibatan masyarakat, sokongan tempat kerja dan kesedaran dalam memupuk kesejahteraan mental.

“Setiap penerima anugerah telah menyumbang secara unik, dan ini menggariskan asas pendekatan holistik terhadap kesihatan mental, yang selaras dengan usaha kita dalam membina persekitaran yang menyokong di dalam masyarakat,” kata Dr Wan Rizal.

Acara itu diadakan untuk memperingati Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 dan menyediakan platform untuk penceramah dan delegasi tempatan dan luar negara bertukar-tukar idea dan rangkaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >