Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura akan bangunkan protokol kesihatan mental

Gabungan pencegahan, sokongan mental sebahagian skop GP di bawah Healthier SG
Oct 04, 2023 | 03:55 PM



Dalam dua tahun akan datang, Singapura akan membangunkan protokol kesihatan mental dan menggabungkan pencegahan dan sokongan mental sebagai sebahagian daripada skop amalan Doktor Perubatan Umum (GP) di bawah SG Yang Lebih Sihat (Healthier SG), seperti yang telah dilakukan untuk penyakit kronik lain, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Berucap di Persidangan Kesihatan Mental Singapura pada Rabu di Max Atria di Singapore Expo, beliau mendedahkan bahawa lebih 400 GP dilatih untuk mengurus kesihatan mental dan bekerja sama rapat bersama Pasukan Intervensi Komuniti dan hospital demi memenuhi keperluan kesihatan mental pesakit mereka. Kumpulan GP ini akan diperluaskan dalam beberapa tahun akan datang.

Pemerintah juga akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk menguruskan kesihatan mental. Ia akan bermula dengan menerapkan elemen kesihatan mental pada inisiatif nasional utama yang merangkumi Healthier SG, strategi penjagaan pencegahan Singapura dan Sihat Menua SG (Age Well SG) – usaha nasional untuk menggalakkan penuaan sihat dan aktif di rumah dan komuniti.

Menerusi Healthier SG, pemerintah mahu membantu individu membina daya tahan mental, menangani tekanan dan mendapatkan bantuan awal apabila perlu.

Menerusi Age Well SG pula, pemerintah akan memastikan warga emas aktif secara fizikal dan sosial dalam komuniti dengan pemerintah akan secara langsung menangani pengasingan sosial warga emas yang merupakan faktor risiko utama sakit mental.

Selain mengembangkan sumber seperti pakar psikiatri dan wad kesihatan mental bagi rawatan kesihatan mental yang berkesan, pendekatan holistik dengan penekanan kepada pencegahan merupakan strategi jangka panjang bagi menangani isu kesihatan mental sebagaimana beliau pelajari menerusi satu kursus kesihatan mental di dalam talian.

Kursus tersebut dinamakan Sains Kesejahteraan atau ‘The Science of Well-Being’ yang disampaikan oleh Profesor Laurie Santos dari Universiti Yale.

Menurut Encik Ong, kursus tersebut memaparkan antara pendekatan holistik yang boleh diamalkan dalam menangani isu kesihatan mental termasuk mengamalkan tabiat harian yang baik seperti mempunyai tidur yang lebih baik, bersosial, bersenam dan membantu orang lain.

Selain itu, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memulakan pelbagai intervensi, termasuk pencegahan dalam menangani isu kesihatan mental. Sebagai contoh, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) telah menganjurkan bengkel literasi kesihatan mental untuk mendidik orang ramai.

HPB juga telah menubuhkan MindSG, portal sumber dalam talian yang menyediakan sumber untuk membimbing individu menghadapi cabaran kesihatan mental dan di mana mereka boleh mendapatkan bantuan tambahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >