Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan penting BH sampaikan perspektif seimbang

Oct 06, 2023 | 05:23 PM



Dengan kemunculan pelbagai wadah media alternatif – terutamanya di media sosial –perspektif serta pandangan yang tersebar mungkin bersifat lebih berat sebelah berdasarkan agenda atau kecenderungan tertentu.

Dalam situasi ini, keupayaan Berita Harian (BH) untuk menyampaikan perspektif seimbang, dengan mencerminkan kepelbagaian pandangan dan pada masa yang sama sedar akan keperluan serta pegangan negara, semakin penting.


Justeru, ia perlu terus kekal relevan dalam memainkan peranan sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai buat masyarakat Melayu Singapura, kata Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong.

“Ramai orang yang masih mencari sumber maklumat yang boleh dipercayai, jadi ini peranan penting yang dapat dimainkan BH.

“Satu lagi peranan penting adalah memastikan ia terus menyampaikan pandangan yang seimbang, kerana kini lebih banyak pandangan yang ekstrim – sama ada lebih ekstrim ke kiri atau ke kanan – dan ia semakin luas tersebar.

“Justeru, Singapura perlukan media yang terus menyampaikan pandangan seimbang, yang akan mencerminkan pandangan yang pelbagai tetapi tetap sedar akan apa sebenarnya yang diperlukan Singapura serta pendiriannya,” kata Encik Wong.

Menurutnya, misi akhbar vernakular seperti BH masih tidak berubah, iaitu untuk menjangkau, mendekati dan menambah nilai kepada masyarakat, namun Encik Wong menggesa agar ia terus menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi keperluan, minat serta cara anggota masyarakat mendapatkan kandungan berita.

Usaha ini memerlukan mental framework atau cara pemikiran yang sentiasa bersedia berubah supaya ia dapat terus kekal relevan, tekan Encik Wong.


Sektor media kini berada dalam situasi di mana perubahan tidak akan pernah berhenti dan selain sekadar memikirkan usaha mengubah wadah, format dan kandungan yang ditawarkan, ia juga memerlukan kakitangan yang bersedia menghadapi cabaran akan datang, ujarnya.

Kata Encik Wong: “Apa yang penting adalah kewujudan rangka kerja mental yang bersedia untuk berubah dan ini juga memerlukan kakitangan yang sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan, tidak kira apa jua perubahan tersebut.

“Ini satu keupayaan yang perlu dibina untuk jangka masa panjang. Jadi apabila kita mempunyai pemikiran, budaya seperti itu dan kakitangan yang bersedia untuk sesuaikan diri, tak kira apa juga perubahan yang kita hadapi, bilik berita akan mampu bertindak dengan pantas dan membuat keputusan sesuai.”

Laporan lanjut di Muka 6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >