Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas lantik Ustazah Nurdiana sebagai CEO

Sep 28, 2023 | 08:29 PM



Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) buat julung-julung kali melantik seorang karyawan wanita untuk memimpin institusi itu.

Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman, 38 tahun, akan memulakan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan agama itu berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Menurut kenyataan Pergas pada Khamis, pelantikan Ustazah Nurdiana dibuat hasil pertimbangan teliti dan kata sepakat Majlis Tertinggi Pergas.

Keyakinan ini adalah berdasarkan kemampuan dan kecemerlangan yang ditunjukkan Ustazah Nurdiana semasa menjawat jawatan Pengarah, Jabatan Perkhidmatan dan Komunikasi Korporat Pergas.

Ini termasuk mengumpul derma bagi memperkukuh kedudukan kewangan Pergas, dengan mempelbagaikan sumber kewangan dan meningkatkan kehadiran Pergas dalam media.

Sebagai contoh, hasil kepimpinan dan daya usahanya, Pergas berjaya meningkatkan hasil kutipan zakat dari kurang $700,000 kepada hampir $2 juta setahun secara purata hari ini.

Selain itu, semasa pandemik Covid-19, Ustazah Nurdiana, yang telah berkhidmat selama sedekad di Pergas, telah melancarkan Pakej ‘Gracious’, yang mengumpul lebih $600,000 dalam bentuk derma dan sokongan pembiayaan dalam masa dua minggu.

Daya usaha ini telah diiktiraf Istana disebabkan kesannya yang ketara terhadap perjuangan Singapura menentang Covid-19.

Pada masa yang sama, hubungan baik yang dijalinnya dengan pelbagai pihak telah membantu meningkatkan nilai sumbangan dan tajaan yang dimanfaatkan Pergas untuk memartabatkan sektor pendidikan Islam serta kebajikan asatizah di sini.

“Beliau memainkan peranan penting dalam perancangan strategik Pergas, yang menjadikan kami sebuah pertubuhan amal yang berwibawa dan dipercayai,” kata Pergas.

Berkongsi harapan dan wawasannya untuk Pergas, Ustazah Nurdiana, yang berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), mengakui tentang tanggungjawab amat besar yang dipikul beliau.

“Tumpuan utama saya adalah untuk berkhidmat kepada para asatizah. Pasukan di Pergas telah bekerja keras selama bertahun-tahun dalam pembangunan program untuk madrasah dan mempertingkat persaudaraan asatizah.

“Pembaharuan kepimpinan adalah tugas yang tidak berkesudahan, dan Pergas akan sentiasa memerlukan asatizah berpengalaman dari setiap generasi untuk membimbing masyarakat Islam.

“Saya berazam untuk mengejar kemajuan dengan keyakinan sambil tetap setia pada nilai-nilai Islam,” katanya, yang telah berumahtangga dan merupakan bekas pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah di peringkat prauniversiti.

“Saya beriltizam untuk perkasa keupayaan asatizah bukan hanya dengan meningkatkan gaji mereka, tetapi juga membangkitkan ekosistem yang memudahkan pertumbuhan ekonomi asatizah, sambil memastikan pertumbuhan tersebut adalah mampan, ketara dan wajar,” kata ibu seorang anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >